Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bacalah buat cetusan idea dan semangat baru


Administrator

Status: Offline
Posts: 43
Date:
bacalah buat cetusan idea dan semangat baru


Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,
> institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas
> tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
> menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
>
> Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun
> (RM750.00)pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya
> simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk
> menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan
pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
>
> Petikan kata-kata dari Tan Sri Syed Mokhtar
> Al-Bukhary
>
> 1. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan
> manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh
> menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun.Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan
> singkat.
>
> 2. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
> itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
>
> 3. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status;ada masa di atas, ada masa di bawah.
>
> 4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
> tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
>
> 5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir
> daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi
> dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
>
6. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
>
> 7. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
>
> 8. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa
> kena tipu.
>
> 9. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka
> pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
> dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
>
> 10. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah
> beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik.Jika ada orang
korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
>
> 11. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada
> pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak
> mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
>
> 12. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluarzakat dan
fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
>
> 13. Saya ada emotional attachment kepada agama,bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya
> tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
>
> 14. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada
> orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang
> orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,

> bolehlah kita menolong orang.
>
> 15. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu
> adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa
> dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk
> sementara sahaja.
>
> 16. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal.
> Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. bukan duit yang akan melindungi saya
> nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
>
> 17. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
> mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
>
> 18. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah
> kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegangpelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak
> kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana
> ini (wang).
>
> 19. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai
> juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang
> tidak tahu.
>
> 20. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
> selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri
> sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
>
> 21. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang.Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti
> tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula.Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang
> RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya
> balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
>
> 22. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal
> jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain,perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
> sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
>
> 23. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah
> mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh
> lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
>
> 24. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
>
> 25. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada
> keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
> lain.
>
> 26. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk
> bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
>Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
>
> 27. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya
> tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh
> naik dan turun.
>
> 28. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton
> Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
>
> 29. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang
> Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih
> akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
>
> 30. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia
> berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
> Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang
Melayu berfikir.
>
> 31. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya
> usaha.Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak
> boleh.
>
> 32. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada
>orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
> besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
>
> 33. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
>
> 34. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
>
> 35. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
> diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
>
> 36. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik,
> saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada
> tidakbuat langsung.
>
> 37. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.
>Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya,apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain
> merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
>
> 38. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up
> saja ~ kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


__________________
qONp.gif?w=1&c=1&bb=yWfU
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard