Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Andainya Dia mash ada........


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:
Andainya Dia mash ada........


apakah yang akan kita lakukan?
adakah kita gembira?
adakah kita suka?
adakah kita akan lakukan maksiat di depan
baginda?
semua persoalan nya hanya kita dapat menjawab
marilah kita renungkan bersama artikel ini...

Andai ditakdirkan Tuhan, Rasulullah s.a.w masih
lagi hidup di ketika ini. Dan andainya baginda
khabarkan pada kita bahawa baginda akan datang
berkunjung kerumah kita. Apakah perasaan kita di
waktu itu? Andainya waktu kunjungan baginda
telah pun tiba. Bahkan baginda sudah pun berada
di hadapan pintu rumah kita dan salam pun sudah
diberikan. Bagaimna perassan kita dengan
kehadiran baginda?

Apakah kita merasa amat bertuah menerima
tetamu yang juga Kekasih Allah? Apakah hati kita
akan begitu terharu menerima salam dari seorang
Rasul penyelamat ummah? Apakah akan kita
biarkan salam itu tidak berjawab selama dua kali,
lantaran mahu mendengar suara baginda yang
suci?
Atau.apakah perasaan kita berkecamuk di
waktu itu dan kita mula menggelabah? Kerana kita
baru teringatkan himpunan majalah2 hiburan di
sudut kaki meja di ruang tamu rumah kita. Majalah
yang kulit mukanya penuh dengan aksi2 wanita
dan lelaki yang terbuka auratnya. Bagaimana
kalau Nabi terpandang. Tentu malu kita dibuatnya.
Kita juga teringat akan deretan VCD di sisi TV.
Harus kita sorokkan juga kerana hampir semua
filem itu , tidak sesuai ditonton oleh umat seperti
kita. Ada filem2 yang berunsur lucah yang
tersusun rapi di situ. Kalaulah Nabi nanti bersuara,
mana mahu kita sorokkan muka. Apa alasan yang
kita berikan jika nanti Nabi bertanya?

Kita terpandang poster2 penyanyi wanita dan lelaki
yang seksi di belakang pintu. Apakah akan kita
biarkan ia tergantung di situ, sehingga nanti
terpandang oleh Nabi? Di bilik tidur pun masih
banyak lagi yang kita tampal kan. Apakah yang
harus dijawab bila nanti Nabi bertanya mengapa
poster seperti itu yang kita puja?
Kita jadi semakin gawat bila teringatkan rak2 buku
yang kita letakkan di tepi dinding, hanya di penuhi
dengan buku2 cinta yang telah menjadi koleksi
sekian lama. Tak ada satu pun buku yanmg
bercorak agama. Malah Al Quran. Ya, dimana Al
Quran yang pernah ibu bekalkan sewaktu kita
berangkat meninggalkan kampung 2 tahun yang
lalu? Di mana kita simpan? Dan dimanakah harus
kita humbankan semua koleksi buku cinta yang
lebih kita syangi daripada Al Quran Kalam Tuhan?

Perasaan kita semakin cemas, bila kita baru
teringat bahawa kita di waktu itu hanya berseluar
pendek atau kepala kita lansung tidak bertutup.
Kita mula masuk semula ke bilik. Semua almari
kita buka demi mencari sehelai tudung yang
pernah di beri oleh seorang kawan satu ketika
dahulu. Di mana tudung itu? Kita semakin
gelabah. Tudung yang satu itu tidak kita jumpai.
Tak kan kita nak sambut Nabi dalam keadaan
terbuka aurat?

Kita pun jadi kaget bila selur panjang kita semua
masih berada di jemuran. Hanya itu saja yang ada.
Itu pun kita gunakan untuk ke kelas atau pejabat.
Biasanya kita hanya berseluar pendek. Kain
pelikat. Kita mula teringat. Tapi puas kita cari
namum sehelai pun tidak kita temui. Baru kita
teringat. Selama ini tidak pernah kita sembahyang.
Hati kita mula menduga-duga. Bagaimana nanti Ar
Rasul bertanya tentang sembahyang. Apa yang
harus kita jawab? Sudah berbelas tahun kita tak
sujud pada tuhan. Kalau ada pun hanya dua kali
setahun iaiu pada hari raya.
Ah! Terlalu bvanyak yang perlu kita lakukan hanya
untuk menyambut kedatangan seorang Kekasuh
Allah. Lalu kita membuat keputusan untuk berdiam
diri. Biarlah salam Nabi tidak berjawab. Biarlah
baginda berdiri lama2 di depan pintu. Nanti bila
dah penat tentu saja baginda berlalu pergi. Biarlah
Nabi tak datang rumah sampai bila2. biarlah Nabi
tidak datang berziarah. Dan akhirnya Nabi pun
pergi bila tiga salamnya tidak besambut.

Tapi nak dijadikan cerita pada ketika lain, sewaktu
kita sedang berjalan-jalan dengan seorang wanita
yang konon nya buah hati yang kita cintai. Sambil
berjalan bermesra-mesraan. Bergelak tawa,
bergurau senda. Tiba-tiba kita terserempak dengan
Nabi Junjungan Tuhan.
Lalu kita ditanya Nabi, siapakah perempuan yang
berada disisi. Apakah harus kita bohongi Rasul
Tuhan dengan mengatakan ia adalah isteri kita?
Atau kita akan terus menolak si wanita jauh ke
tepi. Lantas kita terus menghilangkan diri?
Ataupun kita tanpa segan silu, akan terus
tersenyum pada Nabi, sambil tangan kita memeluk
erat si wanita yang berada di sisi?

Seadainya ditakdirkan Nabi masih hidup. Dan
baginda melihat umat yang namanya dibibir
baginda sewaktu baginda menghembuskan nafas
terakhirnya, hidup dengan jalan yang tidak selari
dengan ajarannya. Baginda bergadai nyawa untuk
mempertahankan agama tuhan. Baginda rela hidup
dalan kelaparan demi kebaikan umat akhir zaman.
Tapi kini, umat yang baginda kasihi telah
menfitnah dan mendustakan diri baginda sendiri.
Tidak pernah baginda mengajar umatnya
bermaksiat tapi kini umat yang di kasihi lansung
tidak menghargai diri baginda. Pengorbanannya
selama ini langsung tidak dihargai. Dirinya
langsung tidak diingati. Walau lidah mengucap
syahadat, tapi amal mereka penuh dengan
maksiat. Andainya Nabi masih ada, pasti
bergenang air mata suci baginda. Melihat umat
yang ditinggalkan terus leka dengan dunia.

Andainya Rasul masih ada. Bayangkanlah apa
perilakumu, bila ditakdirkan Nabi datang bertamu.
Apakah engkau akan bersikap hipokrit
dihadapannya atau engkau terus dengan perangai
harianmu sehingga hancur hati baginda.
Andainya Rasul masih ada.
 

__________________
'Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." -- Imam Al-Ghazali
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard