‘ Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , Kecuali orang yang beriman , beramal soleh , berwasiat tentang yang haq dan berpesan-pesan tentang kesabaran ’
Wahai sahabat …..
Adakah anda sembahyang berjamaah setiap hari ? Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan Solat Rawatib ? Adakah anda melakukan Solat Dhuha dan Solat Witir ? Adakah anda tertinggal Takbiratul Ihram pertama semasa berjamaah ? Adakah anda membaca ayat-ayat al-Quran pada hari ini ? Adakah anda membaca Ma ‘thurat pada hari ini ? Adakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W pada hari ini ? Adakah anda menjalankan dakwah untuk oprang lain ? Adakah anda melakukan amal ma ‘ ruf nahi mungkar ? Adakah anda membaca buku-buku islam ? Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak daripada waktu yang ada ? Adakah anda menagmbil iktibar dan pengajaran perkara yang berlaku sepanjang hari ? Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha ke arah mengingati Allah ? Adakah anda menitiskan air mata sewaktu mengingati Allah sewaktu sunyi ? Adakah anda bercita-cita berjihad dan mati pada jalan Allah ? Adakah anda memikirkan tenyang hari akhirat ? Di manakah kedudukan anda , Syurga @ Neraka ? Adakah anda berfikir tentang maut yang akan di temui nanti ? Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa Penuh harap terhadap Allah ? Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ? Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa , terutamanya dalam urusan Fardhu ? Adakah anda berwudhu’ sebelum tidur ? Adakah anda berniat untuk solat Tahajjud pada malam ini ? Adakah anda berazam untuk memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok ? Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
Sahabat di manakah kedudukan anda pada waktu ini…..sekiranya anda masih dalam kekurangan kekurangan pada segalanya , perbaikilah! Dan sekiranya anda dikalangan yang telah memenuhi nya , maka pertingkatlah ! Sesungguhnya semoga masih ada waktu untuk kita merubah segalanya ……..
sama2 untuk dr sndiri dan sahabat2...
__________________
'Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali