Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Banyak bercakap serlah kelemahan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:
Banyak bercakap serlah kelemahan


SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan
kata-kata
tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.

Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan
antaranya,
sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat
at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin
(jika)
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis
riwayat
at-Tirmizi)

Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan
siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah,
seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang
percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka
mengikut
sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.

Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau
makruh.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah
dan hari
kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau
tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu
sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara
yang
memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.

Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah
lebih
baik berdiam diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan
seseorang ke dalam syurga.

Jawab Baginda: “Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak.”

Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke
dalam
neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.”

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya
(daripada
memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya
(hal
yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan
melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta
kelonggarannya
kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.”
(Hadis
riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Ibnu Abid-Dunya meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak
akan
lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak
akan
lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak
akan
masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada
percakapan
yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.

Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat
lidah
yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.


__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

thanx...

nasib baik lidah je...bukan lidah_penghunus.....

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard