ADAKAH saya dikira berdosa apabila turut mengedarkan risalah (sama ada secara pos atau internet) mengandungi ancaman atau mencela mereka yang tidak menurut ajaran Islam sebenarnya?
Contohnya, adakah anda masih Islam jika tidak pernah (atau jarang-jarang) menunaikan sembahyang? Berhati-hatilah, anda ditimpa malapetaka apabila lalai ajaran Allah!
Adakah saya boleh menyebarkan risalah seperti ini atau perlu dihentikan? Tujuan asal ialah untuk menyedarkan orang ramai akan balasan melanggar hukum Allah.
INGIN TAHU Kuala Lumpur
Mengedarkan risalah berbentuk nasihat dan peringatan kepada orang ramai melalui media yang ada boleh dikategorikan sebagai satu daripada bentuk dakwah.
Moga-moga menjadi ingatan pada mereka yang lalai dan terlupa serta menyedarkan mereka yang melanggar perintah Tuhan atau melakukan larangan-Nya.
Bagaimanapun untuk menyedarkan masyarakat, biarlah cara penyampaiannya benar-benar berhikmah, yakni tidak mencela atau mengancam semata-mata kerana Islam agama yang mempunyai dua unsur iaitu tabsyir yakni membawa berita gembira dan tanzir yakni memberi ancaman.
Imbangi antara kedua-duanya supaya Islam dapat dipraktikkan sebagai cara kehidupan sebenar.
Yang kita bimbangkan ialah media internet dijadikan gelanggang untuk mencela dan menyebar fitnah semata-mata.
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>