SESETENGAH umat Islam menggunakan hiasan dinding daripada ayat al-Quran seperti ayat Kursi dan selalunya hiasan dinding berbingkai ini digantungkan di ruang tamu.
Bagi rumah bertingkat, benarkah tidak sepatutnya menggantungkan hiasan dinding seperti ini pada ruang tamu di tingkat bawah, dengan alasan penghuni menaiki tingkat atas dan seolah-olah melangkah ayat suci ini, lebih-lebih lagi hiasan berada di bawah tandas tingkat atas?
Ada pendapat mengatakan hiasan dinding ini sepatutnya digantungkan di tingkat atas saja. Jika begitu, bagaimana rumah bertingkat seperti flat?
AYU, Kuala Lumpur.
Jawapan:
PERTAMANYA perlu diingat bahawa al-Quran diturunkan Allah sebagai panduan hidup serta perlu dibaca dan difahami.
Al-Quran bukannya sekadar bahan hiasan. Malah, menjadikannya hiasan semata-mata bertentangan dengan tujuan penurunannya sebagai panduan hidup.
Keduanya, mengantungkan ayat-ayat al-Quran di rumah dibenarkan sekiranya ia bukan bertujuan semata-mata hiasan. Ia hendaklah berupa doa dan peringatan diri.
Begitu juga tempat ia digantung hendaklah dipastikan tempat yang sesuai yang tidak merendahkan kesucian al-Quran, bukan seperti di bawah tandas dan sebagainya. Anda tentunya arif tempat yang terbaik untuk digantungkan ayat-ayat demi memastikan kesuciannya.
Contohnya bagi flat atau kondominium, dinding sebelah tepi biasanya tiada orang dapat melangkahnya.
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>