Awal mula pertama mula, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Unit Pembangunan Laman Web JPP POLIMAS ingin menjemput anda mendaftar sebagai Rakan eJPP. Laman web ini mempunyai pelbagai kandungan yang bermanfaat bagi para pelajar dan JPP sendiri. Walau bagaimanapun, laman web ini masih lagi dalam proses penambahbaikkan. Proses pendaftaran adalah mudah. Hanya perlu mengisi online form dan anda perlu melayari dahulu laman web tersebut agar account anda tidak disekat.
Disini saya ingin tegaskan bahawa laman web ini direka untuk kepentingan pelajar dan ahli JPP sendiri. Laman web ini bukan direka untuk dijadikan medan perbalahan antara komuniti kita kerana laman web ini akan menjadi laman web rasmi JPP POLIMAS. Perasmian laman web JPP POLIMAS ini mungkin akan dilaksanakan semasa MSK Sessi Julai 2007 dan insyaALLAH akan di naik taraf sebagai domain dalam masa yang terdekat.
Untuk mendaftar, anda boleh melayari laman web seperti berikut:
Pendaftaran adalah percuma. Proses terakhir anda hanya perlu emailkan ID dan status anda kepada webmaster untuk ranking dalam laman web tersebut.
"Seorang pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang perlu ada karisma yang tersendiri, jujur, ikhlas, amanah dan kreatif dari semua aspek agar pimpinannya berjaya."
Jadikan IT Gerbang Pimpinan Maya
"Anjakan Paradigma Pencetus Kepimpinan Yang Utuh"
Wassalam.
Dari: co-webmaster
__________________
"Anjakan Paradigma Pencetus Revolusi Kepimpinan Yang Utuh"
Alhamdulillah...akhirnya hajat barisan kepimpinan JPP Polimas mempunyai website sendiri dah tercapai.
cuma, besarlah hrapan saya untuk melihat website ini bukan hanya tinggal website sahaje. maksud saya ape jua yang berlaku dalam JPP hendaklah diwar-warkan dalam website ni termasuklah aktiviti yang akan dan telah dilaksanakan dan gambar yang berkaitan.
begitu juga cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pelajar POLIMAS sendiri.
apepin, SYABAS & TAHNIAH KEPADA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLIMAS kerana melangkah setapak lagi ke hadapan walaupun anda disabotaj dan dikritik oleh orang yang tidak mengerti dan memahami tugas JPP.
inilah pemipmpin masa depan yang tidak gentar.
dengan adanya website ini, maka tercipta lah satu lagi sejarah dalam JPP seluruh Malaysia yang mana JPP Polimas adalah JPP yang ke 3 (kalau tak silap laa) mempunyai website sendiri selepas Politeknik Kota, Melaka dan satu lagi tak pasti laa....
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
Insya Allah... selagi perjuangan JPP tidak terbabas dari hukum-hakam takkan ada orang akn terus berbalah...
dan satu lagi, kalau JPP teruskan agenda untuk melihat kemajuan Polimas, membela pelajar serta peka terhadap ape jua komen dan kritikan, xde sape akan melenting di luar batas.
buka mata, pasang telinga, lenturkan lidah dan kerahkan tenaga 4 kerat untuk tidak dikritik...
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>