cube kte tgk balik pe dah jadi kat forum nie.. anda semua pasti dah bce sume artikel kan? pada pndangan anda semua perlu ke kite jadi kan forum ni sebegini rupa? fikirkan balik.. kite renung dalam-dalam.. ape dah kite buat?? sume ni tak betul. cube kite jernihkan kembali keadaan.. jangan bergaduh.. jangan berbalah.. jadikan forum ni untuk kite bincang.. kalau nak berbalah baik kite jmpe face 2 face.. lagi bagus.. kite boleh luahkan segala yang terbuku dihati.. xkire kite ade keje atau tak.. kite boleh isi borang cuti.. stakat tunjuk hebat dalam forum ni.. baik tak payah.. biar berdepan.. kumpul semua skali.. kite perang habis-habisan.. tolong berhentikan semua ni.. buat malu orang besar tgk.. owh.. saya tahu.. kamu semua tak tahu malu.. teruk.. pendek kata,, berubahlah demi kebaikan bersama.. tolong jernihkan keadaan ini.. dah tak sanggup lagi nak dengar..
ikhlas timbul dari hati ini...
__________________
"Anjakan Paradigma Pencetus Revolusi Kepimpinan Yang Utuh"
sebabnya :- *forum ni takde arah tuju ayau lebih tepat lagi objektif nya 0. *segala komen, kritikam, idea dan cadangan yang dikemukan oleh alumni tidak mendapat perhatian, jadi timbullah perbalahan sesama kami sendiri.. *takde admin yang mengawal web ni
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
izinkan diriku, memberi pandangan maafkanlah aku andai salah kata biar ku luahkan pendapat ku ini, mari sama sama fikirkan oh sayang... ( lagu tu... hehehe )
bagi saya la laman web ni tak macam berdebat pun...takde rupe bedebat pun... depend pada orang yang baca la... kalau dia tengok dari sudut debat, debat la ia... kalau tengok dari satu sudut, kita akan dapat tengok bahawa selama ini, apa apa jua yang di post dalam laman web ini sebenarnya adalah berbincang... buktinya...??? jeng jeng jeng...
1. kita open satu isu, then semua bersuara. that mean semua ada pendapat masing masing dan semua nak bagi pendapat masing masing... then orang lain akan komen pendapat orang lain... itu standard dalam berbincang...
2. isu idea dan pandangan yang tak difoward dalam meting... salah siapa? salah saya...? salah fahmi...? salah asyraf..? salah bino...? ataupun salah laman web ni..? sebenarnya takda salah sapa sapa... salah ape pulak kan...bagi saya la, kewujudan laman web ni lebih menjurus kepada penyatuan ahli JPP POLIMAS setiap tahun. that mean takkan lost contack kecuali yang nak melostcontackkan diri die ar kan... so, kalau nak bagi pendapat ke ape ke memang takde orang yang nak bawak ke tengah... nak suruh budak jpp skang bukan laman web ni untuk baca pandangan kita...? payah jugak la... sebabnya...??? jeng jeng jeng...
2.1 budak budak tu pun busy ngan study, ngan pogram jpp, pogram peribadi, pogram dating... so mane ade mase nak mengadap komputer baca cadangan cadangan kita then bawa ke tengah...? kalau kita ada kat tempat dieorang pun, rasa kita pun tak ngadap depan komp untuk baca tulisan kita.
2.2 kita takdak satu bahagian khas yang mana bahagian ini membolehkan apa apa jua cadangan dikemukakan. so, kalau katalah ada sapa sapa nak minta pendapat, leh minta terus, then semua boleh bagi pendapat TANPA ADA YANG BANGKANG PENDAPAT SESAPE... tapi nak tambah baik ok la kan... so, sesape yang bukak tu leh baca direct terus.. tak payah nak bukak satu persatu isu then bace semua tulisan 'perbincangan' kita. buang masa dieorang jerk...
kenapa laman web ni macam perbahasan...? coz, dalam apa apa jua isu, kita menjadikan laman web ni sebagai medan untuk melepas geram kita pada mana mana pihak... tak kira la samada pada pihak dalam POLIMAS atau luar POLIMAS. mean? kita menyalahgunakan laman web ni. laman web ni kan sepatutnya kita bincang aktiviti kita, bincang aktiviti seharian kita... kecuali kalau ada adik adik yang nak minta pendapat dalam satu ruangan khas ( rujuk 2.2 ), then baru leh kita kupas isu tu... ni tak, budak2 skang bising tak sampai internet, kita yang melebih lebih pulak kalau ade ape ape isu pasal budak jpp..
bukan makne kita tak ikuti perkembangan dieorang... kita ada laman web jpp yang khas untuk kita ikuti perkembangan aktiviti jpp... ( tanya en nik atau fahmi untuk keterangan lanjut ). so, jangan jadikan laman web ni campur aduk macam rojak...tak elok... kita kene profesional... rasanya semua leh pikir sendiri kan..
sebelum terlupa, sebab apa laman web ni macam berdebat..ada satu je sebab paling paling utama dan saya suka nak tekankan disini...sebab saya pun pernah buat kesilapan ni jugak tapi skang ni saya dah sedar dah n saya tak kan buat lagi... ape sebab utama itu...? PENGGUNAAN BAHASA YANG LANGSUNG TAK MENCERMINKAN DIRI SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN... tapi tak semua la yang buat macam ni... sebahagian jerk... guna ayat kasar bila ada isu panas panas... langsung tak bley kawal diri sendiri... ini ke pemimpin...? kene kontrol perasaan bile kene tembak... jawab dengan ayat yang sopan santun... api dengan api, mana tak terbakar...
itu jerk pandangan saya... kalau terkasar bahasa ke tersilap kosa kate ke tersilap kate ke mintak maap jerk la... sebab saya jenis yang suka berterus terang kalau ada idea sendiri...