Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cerita Pelik....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 265
Date:
Cerita Pelik....


Ada satu asrama penuh kat sekolah menengah dalam Malaysia ni.. ( tak payah ar sebut nama skolah kan.. ) biase la, kalau sebut pasal asrama ni, tak kene histeria, sampuk nyampuk tu tetap ade kan...

so, satu hari tu, kat asrama perempuan, kul 1230 tengah malam.. tengah2 sunyi sepi tu, tiba tiba terdengar satu pekikan yang amat dahsyat dari tingkat tiga... saluruh blok asrama terkejut. masing masing mencari cari siapa empunya suara... warden warden meluru ke asrama menjejaki pemilik suara... di satu bilik dorm, bersebelahan dengan bilik air, kekecohan mula tercetus.. dengan teriakan, tangisan, gesaan dan macam macam lagi... rupa rupanya seorang pelajar melayu yang menguhuni bilik itu kena histeria... blankstare

ustazah di panggil, ustaz di arah untuk standby... warden2 lelaki berkumpul untuk standby... semua pelajar perempuan diarah kembali ke bilik masing masing... dan pelajar perempuan itu, pulih kembali.. suasana kembali tenang, sunyi sepi...setenang air di tasik...

keesokan harinya, kejadian yang sama berlaku lagi... pada waktu yang sama.. kali ini bilik sebelah pula.. seorang pelajar perempuan melayu diserang histeria... kekecohan mula tercetus...kegawatan mula dirasai... ustazah dipanggil.. ustaz diarah standby.. dan seperti semalam. pelajar itu berjaya ditenangkan kembali...

kejadian yang sama berulang ulang kali berlaku setiap hari selama kira kira 2 minggu.. seluruh asrama perempuan mula merasa ketakutan..bimbang ancaman makluk yang tak dapat dilihat... isu ini telah dibawa ketengah oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG ) sekolah tersebut... dalam mesyuarat tersebut, para ibu bapa dan guru inginkan penyelesaian...hairan dengan suasana yang berlaku... tiba tiba, persoalan yang diutarakan oleh seorang ustazah yang sering dipanggil untuk menenagkan pelajar yang diserang histeria... ustazah berkata, "Yang menghairankan saya, kenapa pelajar melayu sahaja yang kena..? padahal, dalam asrama kita, ada juga pelajar india, cina..." dan persoalan itu dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan...

dua hari kemudian, seorang pakar dunia halus dipanggil untuk menyelesaikan masalah ini.. dan seperti biasa, tepat jam 1230 malam, seorang lagi pelajar perempuan melayu diserang histeria... kemenyan mula dibakar..kelihatan mulut pakar dunia halus terkumat kamit membaca sesuatu...perlahan lahan, dia berjalan membawa kemenyannya menuju kebilik pelajar perempuan itu diserang histeria.. dan apabila makhluk itu berjaya ditangkap, si pakar tadi bertanya... "siapa nama kau...!!" makhluk itu menjawab, "ada apa pada nama..??" terdiam seketika pakar itu... dan ketika ditanya, "Kenapa kau rasuk gadis melayu sahaja...?? kenapa tak gadis india ke cina ke...???" terdiam seketika makhluk itu... kemudian makhluk itu menjawab...

"Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat... "

huarhuarhuar....jangan marah ea...biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin



__________________


Mr. President

Status: Offline
Posts: 253
Date:

eleh dah dengar dah citer nie

__________________
Pengerusi Alumni JPP Polimas 1
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard