Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tahukah anda...???


Senior Member

Status: Offline
Posts: 265
Date:
Tahukah anda...???


Selepas SPM pada tahun 2003, saya telah menjalankan kajian mengenai Cinta Pada Perspektif Islam  selama 6 bulan sehingga Jun 2004... dan percayakah anda, saya menemui kata kata ini...

DALAM ISLAM, COUPEL ITU HARAM DAN BERCINTA ITU HARUS...

Saya menemui kata kata ini ketika menjalankan penelitian mengenai Cinta sesama insan dari sudut perspektif Islam.. ketika mendengar pertama kali kata kata ini, perkara pertama yang saya pertikaikan ialah :-

Bukankah Cinta Dengan Coupel Itu Sama,...??? orang Bercoupel itu bercinta dan orang bercinta itu bercoupel... jadi macam mana ada dua hukum..???

Diterangkan oleh seorang pensyarah Agama Dan Usuluddin Universiti Institute Teknologi Mara Segamat ( UiTM Segamat ), bahawa cinta dan coupel adalah dua perkara yang berbeza... apa bezanya..??

Bercoupel :-
- Perkataan dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud dua orang...tiada dalam kamus yang menunjukkan bahawa coupel bermaksud tiga orang atau lebih... ia bermaksud dua orang.. dan apa kata Islam mengenai dua orang..??
- Bagi Islam, dua orang ( lelaki dan perempuan ) yang bukan muhrim tidak boleh berada/berjumpa/bersama/bersedudukan dalam apa jua alasan kecuali alasan yang kritikal (berkaitan dengan nyawa dan sebagainya ). bermakna HARAM.kerana akan ada pihak ketiga yang tidak dilihat oleh manusia (syaitan).

Bercinta :-
- Cinta adalah satu perasaan anugerah ALLAH kepada manusia dalam hati setiap insan. setiap insan ingin untuk rasa mencintai dan dicintai.. merujuk kepada kamus, cinta membawa erti kepada kasih sayang...seperti yang disarankan dalam Islam untuk berkasih sayang sesama insan berlandaskan Syariat yang telah ditetapkan...
-Cinta dalam Islam tidak menghalalkan dating, tidak menghalalkan persentuhan, tidak menghalalkan berdua duaan.. Cinta dalam Islam adalah perasaan kasih sayang antara dua insan ( lelaki dan perempuan ) yang ingin hidup bersama demi mengharapkan keredhaan dan kerahmatan daripada ALLAH...tiada terfikir mengenai perkara perkara yang dilarang dalam Islam...

Walaubagaimanapun, hasil pembelajaran saya juga mendapati bahawa Cinta Allah Adalah Cinta Sejati Dan Tiada Terperi..Percaya Atau Tidak, Jika Kita Mencintai Allah,Allah Akan Mencintai Kita.

dan kalau kita dah sayang kat seseorang tu, kita akan bagi yang terbaik untuk diakan..?? so, same macam Allah... Anda Sayangkan Allah, Anda Cintakan Allah, Nescaya Allah Akan Pertemukan Anda Dengan Gadis Yang Selayaknya Dengan Anda...

Wallahualam...



__________________


Mr. President

Status: Offline
Posts: 253
Date:

betul tue..

__________________
Pengerusi Alumni JPP Polimas 1
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard