Pada 23 November 2007 ( Jumaat malam Sabtu ) yang lalu, Majlis Tertinggi ALUMNI JPP POLIMAS mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat bertempat di bilik gerakan jpp polimas. Mesyuarat add-hock ini diputuskan setelah melihat kehadiran ahli ALUMNI dalaman polimas yang agak memberangsangkan.
Mesyuarat yang di hadiri bersama oleh Penasihat JPP POLIMAS, En Nik Ahmad Rizal Bin Wan Ismail membincangkan perkara utamanya iaitu Perjumpaan ALUMNI Kali Ke-2 yang diputuskan bersama untuk diadakan di POLIMAS.
Pada mesyuarat kali ini, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa baru yang di beri nama Jawatankuasa ALUMNI JPP POLIMAS ( Gerakan Dalaman ) yang diketuai oleh saudara Syukri sebagai Pengerusi Gerakan. Jawatankuasa dalam ini antara lain sebagai penganjur / pengelola kepada Perjumpaan ALUMNI JPP POLIMAS Kali ke-2 ini. Jawatankuasa tersebut kelak akan dimaklumkan di dalam laman web ini apabila ia telah dibentuk kelak..
Pada mesyuarat kali ini juga, ahli majlis mesyuarat telah bersetuju untuk mengenakan yuran sebanyak RM50.00 seorang bagi ahli yang sudah bekerja untuk menampung perbelanjaan aktiviti untuk perjumpaan kelak.
Isu lain yang dibincangkan ialah berkaitan Jawatankuasa ALUMNI JPP POLIMAS bertindak sebagai Jawatankuasa Induk bagi Minggu Suai Kenal ( MSK ) bagi sesi Januari 2008 kelak.
Bagi isu isu berbangkit pula, Pengerusi Jawatankuasa ALUMNI JPP POLIMAS ( Gerakan Dalaman ), Saudara Syukri memohon kerjasama daripada Ahli ALUMNI JPP POLIMAS untuk menyumbang / memberi idea / cadangan berkaitan dengan aktiviti yang akan di jalankan pada Perjumpaan ALUMNI Kali Ke-2 kelak.
Isu Isu berbangkit yang lain pula ialah, cadangan saudara Mohd Nizam agar ALUMNI JPP POLIMAS mengambil tapak niaga jualan ketika konvokesyen POLIMAS. Cadangan tersebut masih diperhalusi dan dipertimbangkan ( Tiada keputusan ). Walaubagaimanapun ia adalah satu cadangan yang baik.
Mesyuarat berakhir kira kira jam 11.30 malam.
P/S :- 1. Sesiapa yang hendak memberi pandangan boleh post terus pada ruangan ini. 2. Sesiapa yang bersetuju terhadap apa apa sahaja yang diputuskan oleh Jawatankuasa ALUMNI JPP POLIMAS ( Gerakan Dalaman ) mengenai aktiviti yang akan di adakan ketika perjumpaan, boleh menyatakan persetujuan anda di ruangan ini juga.
tak sume..untuk ajk induk, hanya yang terbaik dikalangan yang terbaik sahaja akan dipilih. untuk ajk pelaksana, hanya mereka yang bergelar pelajar polimas sahaja.
AJK INDUK TU ajk alumni.......ajk pelaksana tu org yg dr alumni gak tp still blaja kat sne.....!!faham xx........
mcm..ajk induk ajk kseluruhan ....tp utk mudahkan operasi....ada ajk plksana lak....yg mana ajk plaksana nie dr team alumni yg still blaja kat poli lg...fhm...
__________________
"Gold and gleaming the empty street, Gold and gleaming the misty lake, the mirrored lingts like sunken sword...glimmerand shade"
betul cakap bino tu.. ajk induk terdiri daripada kalangan ALUMNI keseluruhannya ( tak termasuk dengan pegawai polimas lah ). ajk pelaksana pulak adalah dari kalangan JPP, wakil dari organisasi lain dan juga dari ALUMNI JPP POLIMAS yang masih belajar di POLIMAS. maksudnya campur le..
aku lupe lak..tapi ajk induk tu sebenarnya termasuk dengan pensyarah2 yang terlibat masa msk.. yang dari pendaftaran ke ape mende ke.. cume ajk induk untuk msk tu jerk... takot salah paham lak nanti...