terima Kasih Gila Kentang, saya merasakan mungkin tuan pernah berada dalam JPP atau mungkin tidak kerana saya tidak mendapat sebarang gambaran jelas perihal tuan. Baik kekuatan JPP terletak pada pihak pengurusan dan bukan kepada Pelajarnya. Saya harap tuan faham akan perkara ini. Dan sekiranya Tidak diadakan pemilihan pun tidak mengapa kerana JPP ditubuhkan bukan kerana menjadi keperluan pelajar tetapi ianya ditubuhkan dengan bermatlamatkan bahawa pelajar di sesebuah kolej atau IPTA memerlukan suatu landasan untuk memberikan khidmat serta menjalan program dengan saluran yang tepat dan tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan baik Kerajaan Malaysia,kementerian pengajian tinggi, atau pihak pengursuan IPTA tersebut. Diharap tuan mendapat penjelasan yang sewajarnya dari saya. terima kasih diatas komen tuan. Assalamualikum.