DARIPADA Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: Tinggalkan saya selama saya tinggalkan kamu. Sesungguhnya mereka sebelum kamu telah binasa disebabkan persoalan dan pertelingkahan mereka terhadap para Nabi mereka. Bila saya tegah kamu dari sesuatu, maka jauhilah dan bila saya perintahkan dengan suatu urusan, kerjalah sedaya upaya kamu.
Pengertian
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w mengingatkan supaya mengawasi dari penyakit paling berbahaya yang telah membinasakan mereka yang terdahulu, iaitu pertengkaran dan pergaduhan sesama sendiri. Baginda mengajar supaya mereka menjauhkan diri dari tegahannya dan menjunjung segera setiap perintahnya dengan kemampuan yang ada, tanpa menimbulkan persoalan yang mengganggu ketenteraman umum.
Kesimpulan
Suruhan agama hendaklah dilaksanakan, larangannya hendaklah ditinggalkan. Jangan cuba menimbulkan sesuatu yang tidak diterangkan bukan kerana lupa tetapi semata-mata rahmat dan kemurahan Allah s.w.t kepada kamu.
__________________
Hidup lidah penghunus....
Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan....
"Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"
renung renung dan tenung-tenungkan hadis ditas untuk kebaikan bersama:-
DARIPADA Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: Tinggalkan saya selama saya tinggalkan kamu. Sesungguhnya mereka sebelum kamu telah binasa disebabkan persoalan dan pertelingkahan mereka terhadap para Nabi mereka. Bila saya tegah kamu dari sesuatu, maka jauhilah dan bila saya perintahkan dengan suatu urusan, kerjalah sedaya upaya kamu.
Pengertian
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w mengingatkan supaya mengawasi dari penyakit paling berbahaya yang telah membinasakan mereka yang terdahulu, iaitu pertengkaran dan pergaduhan sesama sendiri. Baginda mengajar supaya mereka menjauhkan diri dari tegahannya dan menjunjung segera setiap perintahnya dengan kemampuan yang ada, tanpa menimbulkan persoalan yang mengganggu ketenteraman umum.
marilah kita bersatu memartabatkan JPP POLIMAS, kearah yang terunggul diantara politeknik Malaysia!!
'Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali