Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: CADANGAN AKTIVITI TAHUN 2007


Administrator

Status: Offline
Posts: 43
Date:
CADANGAN AKTIVITI TAHUN 2007


Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua,

Saya mohon kepada ex-JPP/alumni yang berada di luar POLIMAS, yang masih sayangkan JPP dan mahu melihat perkembangan JPP dalam soal kebajikan dan penganjuran aktiviti  kepada semua Pelajar untuk mencadangkan aktiviti untuk dipertimbangkan pelaksanaannya pada semester ini. Semua cadangan bolehlah dikemukakan melalui forum ini ataupun email terus kepada saya: nrizal@jp.polimas.edu.my.

Kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua alumni adalah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.



__________________
qONp.gif?w=1&c=1&bb=yWfU


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

Saya cadangkan jpp buat pertandingan mencipta logo jpp.Memandangkan logo jpp pun tak ada lg,saya rasa pertandingan tu sesuai sekali.Kita juga boleh mencungkil bakat baru dan terpendam student.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

hey saudara naruto_kedah', '', this, 0);">naruto_kedah, selama nie hang tak tau ka ada logo jpp, atau hang saja nk prmbesarkan isu nie... aklu rasa hang pun tahu wujudnya logo nie kan...

__________________
Cicak Man WORLD!!!!!!!!!!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

memang la saya tahu ada.Kan en nik ngan en rahman cakap logo tu x di iktiraf.So,apa kata logo tue di cipta semula yg lebih canggih dan lps tue kita iktirafkan logo tersebut.

-- Edited by naruto_kedah at 05:05, 2007-02-27

__________________


Administrator

Status: Offline
Posts: 43
Date:

Assalamualaikum dan salam hormat,

terima kasih di atas cadanga yang telah diberikan , InsyaAllah, cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh JPP pada sesi ini.

saya masih menunggu cadangan dan saranan-saranan lain dari alumni semua...Kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua alumni adalah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih

Salam hormat.

__________________
qONp.gif?w=1&c=1&bb=yWfU


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

buat naruto,fikirla cadangan yang lagi bernas....cube bukakkan minda kita tahap global....

yang ambo tau,logo jpp dah ada...dan ambo ada tengok yang logo jpp digunakan dalam banner dan sebagainya....so,tu kira diiktiraf secara rasmila....terima la seada yang mampu...terima la logo jpp....

ambo cadangkan jpp buat program bakti siswa macam mana ipt yang lain buat....barula leh libatkan penglibatan hampir sebahagian besar pelajar....ambo tengok program sekarang just untuk kepentingan sebahagian kecil je pelajar....

so harap cadangan ni dipertimbangkan....

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

Kalau camtu,cadangan saya yg kedua adalah,mengadakan explorace antara institusi-institusi yg berhampiran dgn polimas sprt IPDA,ILP,Kolej Komuniti,UUM dan lain-lain lagi.Dengan adanya pertandingan ini,kita dpt menjainkan & mengeratkan lg tali silaturahim yg sedia ada. Amacam...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

semua cadangan yang dikemukan oleh sahabat2 adalah  bernas....tentang logo pun ada kebaikannya juga coz memang kita takd logo rasmi jpp.logo yang ada sekarangdicipta oleh sahabat2 kita dari politeknik lain semasa perkhemahan jpp2 seluruh malaysia....jadi kita seharusnya ada logo kita sendiri yang dicipta oleh rakan pelajar kita sendiri.

saya mencadangkan satu program untuk menyedarkan pelajar2 tentang keselamatan jalan raya..kita tahu bahawa setiap tahun 5-7 orang pelajar kita maut dalam kemalangan jalan raya disebabkan kurang ilmu.disamping itu,jpp buatla kerjasama dengan pihak2 berkenaan supaya masuk rush dalam kawasn poli...

cadangan ke 2 ialah melaksanakan kempen tutup aurat dan jenayah seksualyang berleluasa sekarang ni....mungkin dengan adanya kempen sebegini, pelajar2 kita takut la dengan dosa sikit.kalau tengok sekarang, pelajar2 kita just tutup aurat kat dalam poli je.. tapi kat luar, dedah sana sini...jpp boleh dijadikan mata dan telinga kepada pihak pengurusan poli...tapi jangan pulak kita yang buat...

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

gue cadangkan jpp buat kerja membela nasib pelajar kita...ada beberape perkara yang perlu diambil berat oleh jpp sem ni termasuk parking motor....mintak jpp buat surat kepada tn pengarah untuk memperluaskan pengguanaan parking di bangunan baru n juga belakang kantin...lecturer tak guna pun....jadi lebih baik bagi kat student jer....kerajaan berhabis duit berpuluh ribu untuk buat parking, tapi tak guna...bila konvo je guna..tu pun untuk khemah ibu bapa dan juga makanan...



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

Betul tue Mr Potato.Ambo setuju.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

cadangan lain :-

untuk memantapkan lagi organisasi jpp ni, saya cadangkan jpp buat hubungan diplomatik ngan persatuan2 lain supaya semua aktiviti yang kita jalankan dapt kerjasama dari persatuan/ kelab lain...sem lepas pun sudah ada seperti kejohanan bola sepak 9 sebelah...tapi lebih elok kita luaskan lagi hubungan kita ni supaya semua pelajar boleh terlibat...bukan hanya hubungan sesama pengerusi, tetapi juga penasihat.kita perlukan sokongan semua pihak dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang...jangan lupa pihak pengurusan...



__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

yer lah, tengok penasihat sem ni terlalu mudah di penaruhi org..mcm x dak pendirian jer

__________________


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

penasihat mana yang mudah terpengaruh????bagitau skit.....

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

ok lah, aku bagi tahu tapi janganlah tuan penasihat merajuk pulak!! en nik dan en samsuri nampak mcm x boleh memimpin jpp!! aku cadang supaya lantik penasihat lain lah, cari yang lebih power mcm en rahman tu...!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

sapa kangaroo ni untuk mengkritik en nik dan en shamsuri?zaman dah berubah.dulu zaman Tun Mahathir, orangnya tegas.tapi sekarang zaman Pak Lah, cara dia lembut, tapi tegas.samalah macam kepimpinan JPP.masa En Rahman caranya tegas tapi masih boleh dibawak berbincang...zaman En Nik pulak lembut tapi tegas...kangaroo ni mesti tak pernah kamcing ngan En Nik mahupun En Rahman...cuba tanya orang yang sentiasa bersama mereka iaitu En Fahmi, dia lebih memahami kedua-dua pemimpin ni.

orang yang ada kes disiplin taulah camna tindakan En Nik..saya tau coz saya pun baik juga ngan En Nik...ape2 hal kami boleh bincang dengan baik..

harap kangaroo nilai diri sendiri dulu yer...adakah anda seorang pemimpin? jika YA, adakah anda seorang yang mesra rakyat?

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

ya , kita kena terima hakikat kita tidak mampu memuaskan hati dan perasaan semua orang. dan semua manusia juga adalahberbeza dari banyak aspek. hendak menyamakan mereka dalam sesuatu aspek yang subjektif adalah tidak wajar, namun begitu, kita ada petunjuk prestasi untuk mengukur kejayaan... dengan adanya plihanraya yang berjalan dengan jayanya itu, dengan pembaharuan dalam struktur jpp, dengan tertubuhnya alumni ini, dan banyak lagi..... jadi kangaro bolehlah menilai sendiri. Biarlah tindakan kita ada hikmah yang membawa kepada kesedaran banyak pihak, bukan menghukum dan mendera yang membawa dendam kesumat yang berpanjangan.... sejahat-jahat manusia ada hati dan perasaan juga, perlu kasih sayang juga, aku percaya pada teori orang jahat itu bermula dengan orang yang baik, dan tidak mustahil untuk dia menjadi baik kembali. jadi aku tak prasangka pada kangaro, mungkin dia ni nak menduga saja tu,...betul tak kangaro?

__________________
Hidup di dunia, apa pun yang berlaku adalah... cobaan!! Hidup lagi sedap kalau ada... masalah ....walls


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

ambo sama sekali tak setuju ngan kangaro....ambo nampak kangaro melihat dari luaran dan memandang dari jauh....ambo penah post pandangan ambo tentang kepimpinan sebelum ni....

en rahman dan en nik adalah dua individu yang berbeza tetapi ada matlamat yang sama....iaitu memartabatkan jpp.....ambo trima kritikan dan pandangan kangaro tapi kritikan je tak membawa apa2 maksud kalau tak disertai dengan bukti dan hujah...ambo pantang kalau cakap main ikut suka mulut je...kemukakan hujah....

en rahman tegas,tetap ada kelebihan dan kekurangan...macam tu ngan en nik lembut, tapi tetap ada kelebihan dan kekurangan.....cara en nik lebih berhikmah dan lebih bertoleransi....kita kena tengok dari pelbagai sudut....jangan pandang hanya pada 1 sudut semata2.....

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

saya memohon kerjasama ahli untuk memberikan kerjasama dalam memberikan idea perancangan aktiviti jpp sem ni...

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Cadangan ini berbunyi : supaya di adakan bakti siswa untuk pelajar politeknik di sekitar negeri kedah. lebih menarik kalau dibuat ke setiap daerah dlm negeri kedah ni. satu sem satu daerah. lama-lama seluruh negeri polimas dah jelajahi....barulah kita mengorak langkah ke negeri yang lain pulak.

Tujuannya/Objektif : untuk mendekatkan masyarakat dengan polimas. memperkenalkan polimas kepada orang ramai, mengenai peluang belajar dan kemudahan yang ada. membantu masyarakat - kg, dengan membuat aktiviti spt gotong royong, ceramah motivasi kpd pelajar sekolah, dan apa saja yg polimas boleh bantu.

cadangan ini boleh direalisasikan dengan bantuan banyak pihak. seperi agensi, kerajaan....KEMAS, PENERANGAN ETC...

kalau nak join venture dengan poli lain pun menarik jugak, jemputlah poli johor ka etc, lepas tu poli johor buat jemput polimas pulak.

Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

__________________
bno


Senior Member

Status: Offline
Posts: 128
Date:

gi kg sg badak,gurun...bleh mkn durian!!....!!!hua hua...tempat kome kena tipu ngan asraf,ckp semua org pg..!!skali kome sorg je bdk final year yg pegi..!!

tertipu juga hamba...!!tp ok la...ada gak pengalaman...!!huhu nangish2 sumer ada ooo...

__________________
"Gold and gleaming the empty street, Gold and gleaming the misty lake, the mirrored lingts like sunken sword...glimmerand shade"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

puyooo...hebat tu, saya menyokong cadangan tersebut. harap dpat dilaksanakan pada semester ini. apa kata kalau libatkan sekali alumni JPP?

__________________
Hidup di dunia, apa pun yang berlaku adalah... cobaan!! Hidup lagi sedap kalau ada... masalah ....walls


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

assalamualaikum...salam ukhwah... ape kata cyber boyz senaraikan semua program semesta lepas...hampir 24 program rasanya..sepanjang semesta lepsa, rasa bangga bersama kepimpinan aidil...

semesta ni saya dah berjumpa beberapa ahli jpp, insyaAllAH mereka lagi mantap hasil kempimpinan lepas...yang terdekat akan diadakan temuduga raxco...so pakat ajak adik2 join..

saya juga ada terima cadangan untuk mengadakan program...so join kita create untuk menjayakanya....

__________________
ariff


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

ambo rasa gembira sebab cadangan ambo bakti siswa diambil perhatian....

ambo setuju dengan kangaro.....buat jelajah setiap daerah...

ni lawak je...kalau wat jelajah naik motor best gak......

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

betul tue.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

sapa naruto ni... dia pasti seorang pemimpin yang hebat sebab asyik setuju jer apa yg orang kata....!

satu lagi cadangan, sempena tahun melawat malaysia dan juga meraikan 50 tahun kemerdekaan tanah air kita ini, apa kata kalau korang iniciatekan konvoi berkereta/motorsikal warga polimas - staff n pelajar? boleh uruskan ka? tour sekitar kubang pasu atau terus ke kota setar dan pendang! terpulang....boleh aku tumpang seronok dari kejauhan ini...

-- Edited by kangaro at 01:53, 2007-03-13

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

nak berkonvoi ni acara yang menarik, boleh minta support daripada pej suk negeri, penerangan dan pihak swasta. harap dapat dijalankan. tambah satu lagi kalau ada alumni yang nak masuk pun harap dpat dipertimbangkan. Bukan allumni jpp sahaja tapi alumni pelajar polimas.

__________________
Hidup di dunia, apa pun yang berlaku adalah... cobaan!! Hidup lagi sedap kalau ada... masalah ....walls


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

Bagus cadangan ko kangaro.Soalnya siapa naruto_kedah,biarlah rahsia.Nnt dah tiba masanya ko akan tahu siapa naruto_kedah.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

untuk pengetahuan kangaroo, konvoi bermotor dah dijalan kan pada sem lepas dan ia berjalan lancar, bermula dari pelancaran sehingga ke penamat...syukur ALHAMDULILLAH...cuma pada tahun ni, kita harapkan ia lebih baik lagi dari sem lepas dengan penjelajahan yang lebih jauh dan mencabar lagi.kalau boleeh dapatkan kerjasama semua pihak terutama dari dalam poli sendiri dan juga agensi2 kerajaan.

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

ambo pun tahu yang sem lepas dah buat...tapi biarlah sem ni lagi powerrr dari sem lepas...

buat lah konvoi yang lagi mencabar....ambo setuju kalau libatkan banyak pihak...barulah POLIMAS akan diangkat martabat dan bukan dihina macam kes2 lepas....

"bersama mengangkat martabat POLIMAS"

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

ASSALAMUALAIKUM WBR...

dis sini ada beberapa cadangan untuk pihak JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLIMAS sesi JAN07/JULAI 07 pertimbangkan :-

1. MENYEDIAKAN TEMPAT LETAK MOTOR YANG LEBIH SELAMAT - membina galang besi untuk kegunaan pelajar khasnya dan waga polimas amnya, terutama palajar2 yang menginap di KAMSIS.
(PERHATIAN : MASA JPP JUN05/JAN06, EXCO SUKAN [BINOOR WAHIDUZAMAN]TELAH BUAT KERTAS KERJA, TAPI BELUM ADA KATA PUTUS SAMPAI HARI NI.MINTAK JPP SEM NI USULKAN SEKALI LAGI)

2. KEMPEN KITAR SEMULA - menyahut seruan kerajaan- mengadakan kempen kesedaran, pertandingan rekacipta daripda barangan buangan serta menyediakan tong sampah kitar semula di semua kawasan strategik (kantin nilam, cafe bangunan 7 tingkat, cafe kamsis dan koperasi)

3. MENGANJURKAN SUKMAS (SUKAN POLIMAS) -  melibatkan kerjasama UNIT SUKAN & KO dan persatuan/kelab sukan di POLIMAS..untuk permulaan, anjurkan KEJOHANAN SUKAN TERAS. penglibatan dari semua persatuan/klab yang berdaftar dengan unit sukan dan ko.

4. MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN TENTANG RUKUN 5 (RUKUN ISLAM) - menerapkan nilai2 keimanan, ketaqwaan dalam diri setiap muslim warga POLIMAS suapaya tidak mudah dipengaruhi nilai2 negatif. program boleh dijalankan sepanjang tahun (risalah, poster, iklan, kursusa(solat, haji, kahwin dll), ceramah, kuiz, Qiamullail.

5. KEMPEN BUDI BAHASA BUDAYA KITA - menerapkan nilai2 murni dalam diri setiap warga POLIMAS untuk mempertingkan modal insan supaya warga POLIMAS berada pada minda kelas pertama. dalam kempen ini POLIMAS boleh terapkan budaya 5S iaitu sambut, salam, senyum, sedekah dan sabar. juga perlu ditekankan tentang hubungan manusia-ALLAH, manusia-manusia, manusia-alam.

6. MENGANJURKAN KEMPEN LESEN MEMANDU - kerjasama dengan pusat latihan memandu untuk membantu palajar2 POLIMAS mendapatkan lesen memandu dengan kadar harga yang berpatutan.

7.  KUTIPAN DERMA KEMANUSIAAN - kutipan ini adalah untuk membantu warga POLIMAS yang terlibat dengan kes2 kebakaram, banjir, tsunami, kemalangan dll..kutipan juga boleh disalurkan kepada tabung asia barat dan tabung bersamamu tv3. 

8. LAWATAN SAMBIL BELAJAR - lawatan boleh dilakukan ke tempat2 yang boleh dijadikan sumber ilmu kepada pelajar2 POLIMAS, terutama ke kawasan industri, parlimen dll.

9. GOTONG ROYONG - membersihkan taman, kubur, parit, masjid dll..disamping menjaga kebersihan, ianya boleh mengelakkan penyakit. hubungan ukhwah dengan penduduk juga dapat dieratkan.

10. SENAMROBIK -dengan tema 'POLIMAS SIHAT', program ini boleh diadakan sebulan sekali untuk mengembalikan kecergasan dan kecerdasan warga POLIMAS. penglibatan daripada seluruh warga POLIMAS.


11. PROGRAM2 AGAMA - MAULIDURRASUL, AWAL MUHRAM, puasa sunat, isra' mikraj, bacaan YASIN, Qiamullail dll.

12. MALAM KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN - memperkenalkan budaya MALAYSIA kepada warga POLIMAS...contohnya, dikr barat, boria, wayang kulit, tarian siam, cina, india, silat, kabadi...selain itu adakan juga pameran tentang kesenian ISLAM...kerjasama dengan kerajaan negeri, kementerian pelancongan, kementerian kebudayaan, kesenian & warisan dan jabatan penerangan.

diharapkan pihak JPP dapat mempertimbangkan semua cadangan yang telah dikemukan ini untuk kebaikan bersama pelajar2 POLIMAS..jika tidak dijalankan pada tahun ini sekalipun, mungkin pada masa depan...  


-- Edited by mat qlate at 08:36, 2007-03-19

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Mr. President

Status: Offline
Posts: 253
Date:

ok gak cadangan saudara asraf tue....

__________________
Pengerusi Alumni JPP Polimas 1


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

yang logo jpp tu.....
saya cadang kita bagi ja kat raxco junior yang baru saja berjaya melepasi halangan temuduga tu....
kan mereka banyak orang.....
so kita bagi ja kat dia orang.....
sebagai tugasan.......

__________________
OKI


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

ambo rasa cadangan mat_glate tu patut diusulkan terutama pada isu yang pertama.......

tentang logo jpp,ambo rasa tak perlulah..kita guna je logo jpp yang sedia ada....

biarlah jpp ada logo tetap.....kalau dah start nak ubah,confirm setiap tahun nak ubah....

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"


Akaq

Status: Offline
Posts: 48
Date:

Alhamdulilah..Bagus juga dengan sume cadangan tu..!!!~...

__________________
niezam


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

Cadangan ambo yg seterusnya adalah,adakan perlawanan bola sepak persahabatan antara POLIMAS,IPDA,ILP,KKBD,dan semua ipta/ipts yg ada sekitar polimas.Tujuannya adalah untuk menjalinkan persahabatan dan ukhwah sesama student.Amacam.


__________________


Mr Ex-Oficio

Status: Offline
Posts: 200
Date:

boleh ke naruto kedah main bola?????????

__________________
Hidup lidah penghunus.... Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan.... "Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

jwpn kpd fahmi - cadangan je ok tapi takde tindakan tak guna juga...saya harapkan pihak JPP lebih cakna terhadap komen dan idea yang diberikan...

logo JPP - memang patut diperbaharui...kita sepatutnya guna idea dan kreativiti pelajar2 kita, bukan mencedok idea orang..mungkin satu hari nanti orang yang mnecipta logo tersebut mengherdik kita coz takleh nak buat logo sendiri, sape tahu?

perlawanan bola sepak persahabatan - memang baik idea tu..tapi sebelum tu kita kena laksanakan di peringkat poli kita dahulu hingga berjaya. bukan bermakna kita tak berjaya sebelum ni, tapi kita kena jadi penganjur terbaik dan juga buat postmortem tentang kekuatan pasukan kita..kalau tak kita akan dapat malu, bukan sahaja sebagai penganjur, tatapi juga pasukan kita lemah.

banyak lagi perlu dibuat untuk jadi yang terbaik terutama penglibatan exco dan pelajar2 kita.

saya ambik contoh masa semester saya dan semester aidil..masa sem saya, semua urusan dilakukan oleh pihak JPP termasuk dari kertas kerja hingga ke tengah padang. tapi bila sem aidil, ia telah dipecahkan..urusan surat menyurat JPP handle, dan di tengah padang orang lain yang handle...keduanya ada masalah sendiri...saya lebih suka JPP yang berhadapan dengan masalah, bukan JPP yang bermasalah...sem aidil takde wakil JPP turun padang kecuali syafiq..tu pun disebabkan beliau exco sukan dan terlibat dengan perlawanan...harap anda semua paham...


__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Mr. President

Status: Offline
Posts: 253
Date:

emm... tentang logo tue kami dalam proses mencipta, kami dah cipta tapi penasihat tak setuju gan logo tue...sekarang nie dalam proses k.... Kalau sahabat2 ada idea sumbangkanlah idea tue.. nk tunggu kami siap logo tue dan la panas tentang isu nie.. orang kata ape pakat2 bantu aper yang patut ler, jangan duk merepek bukan2.....



__________________
Pengerusi Alumni JPP Polimas 1


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

APE YANG BOLEH KAMI BOLEH BANTU EN FAHMI?KALAU NAK IDEA KITAORANG DAH BAGI...NAK SURUH KITAORANG REKA BOLEH TAPI KENA CARI YANG BETUL2 ADA SENI DAN BERIMAGINASI...NAK SURUH SUPPORT TAJAAN KEWANGAN BAGITAU JE..ADA LEBIH INSYA ALLAH BOLEH JER...ALUMNI KAN DAH ADA YANG BEKERJA MACAM MAT QLATE TU...APE NAK TUNGGU LAGI...HEHEHEE.....

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

dah lama tak join ni banyak betul perubahan dalam alumni ni...sorry kawan2, gue bertapa laaa...

gue mulakan ucapan tahniah kepada alumni kerana dapat menjalankan tanggungjawab sosial ni kepada JPP khasnya dan POLIMAS amnya.

gue harap segala cadangan yang dikemukakan oleh alumni mendapat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya daripada pihak berkaitan.

dialu-alukan juga jawapan dari pihak JPP  berkaitan  ape jua persoalan yang dibangkitkan alumni supaya tidak timbul kekeruhan lagi.


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

begitulah hendaknya....

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Mr. President

Status: Offline
Posts: 253
Date:

ermmm..insyaallah

__________________
Pengerusi Alumni JPP Polimas 1


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 94
Date:

cadangan ambo yg seterusnya ialah,mengadakan perlawanan futsal antara jabatan.Amacam..........smilesmilesmilesmilesmilebiggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

bagus tu...alang2 buat je sukan polimas....

ada futsal,bolasepak,takraw,bola jaring dll....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

kita boleh mengutarakan pelbagai cadangan kepada JPP, tapi JPP takleh nak buat bersendirian kerana melibatkan banyak prosedur dan pihak...kalau kita nak mengaharapkan pihak KO-kurikulum POLIMAS, rasanya tak dapatla...nak sambut HARI POLITEKNIK pun takde persediaan...just buat larian dalam poli jer..kelakar betul la..nampak sangat peg kita tu buat don't know jer....kalau melibatkan pakaian seragam cepat pulak bertindak...

ntah, susahla nak komen orang yang ada pangkat ni...belajar tinggi, tapi nak buat sukan untuk cungkil bakat pelajar pun tak mampu...oooo...mungkin juga diaorang ni belajar teopori je kot masa belajar dulu...

so, saya harapkan JPP bukan sahaja anjurkan sukan ni, tapi desak atau dengan bahasa lembutnya berbincang dengan pegawai ko-kurikulum ni supaya anjurkan SUKAN untuk warga POLIMAS...kemudahan infrastrutur dah ada, tapi kemudahan tenaga, ilmu dan rajin takde...jadi, dok umah main game lagi bagus..

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Senior Member

Status: Offline
Posts: 265
Date:

assalamualaikum...
saya warga baru dalam laman web ni... saya juga merupakan senior jpp... saya amat kagum dan bangga dengan semangat yang u all tunjukkan. banyak aktiviti yang u all cadangkan. semuanya bagus2 belaka...

tapi apa yang saya nak sarankan disini untuk kebaikan bersama. cadangkan aktiviti yang lebih melibatkan pelajar polimas sahaja. utamakan pelajar polimas sebab JPP adalah JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLIMAS. bukan JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK. so, lebih banyak aktiviti dalaman, lebih bagus. kalau dalam pun nak jalan dah semput, apatahlagi yang luar...

cadangan mengadakan aktviti sukan polimas merupakan cadangan yang baik dan memenuhi kriteria JPP. walaubagaimanapun, perkara tersebut terkandung di dalam perancangan di bawah unit sukan dan ko-kurikulum polimas dibawah en majid. sepatutnya jalan sem ni. tapi di bekukan atas sebab musabab yang tak dapat di elakkan. apa yang boleh dicadangkan, joinvanture dengan unit sukan dan ko-kurikulum.

untuk pengetahuan rakan rakan juga, cadangan cadangan untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan orang awam perlu mendapat kelulusan daripada ahli lembaga pengarah iaitu para pegawai kanan polimas kerana ia melibatkan maruah polimas.

selain itu, aktiviti aktiviti yang dicadangkan itu besar dan hebat hebat belaka. kebiasaannya, pihak pengurusan POLIMAS tidak menyerahkan kepada pelajar untuk menguruskan dari pucuk umbi. program akan diuruskan oleh pensyarah dengan DIBANTU oleh pelajar.

cadangan saya, untuk semester hadapan, apabila telah berdaftar pelajar senior, keluarkan satu surat memo kepada pengerusi pengerusi kelab dan persatuan termauk briged polimas bermesyuarat dengan JPP. buat satu senarai nama dan no tel. pengerusi2 ini bagi rujukan kelak. tawarkan kepada kelab2 untuk joinvature dengan JPP dalam segala program mereka.

selain itu,saya cadangkan juga kepada JPP agar memantapkan dari sudut public speaking. jage kaunter kene bersiap sedia dengan segala jawapan bagi menjawab segala persoalan yang mungkin dikemukakan oleh pelajar. jangan harap degan senyum dan muke je cantik & hendsem..

mengenai kebajikan student, isu parking motor banyak di utarakan. pada pandangan peribadi saya, isu motor bukanlah satu isu mudah. sebagai langkah awal dari pihak pengurusan POLIMAS, pakguard di arahkan mengawasi motor2 student yang parking sepanjang waktu kuliah. cadangan untuk membina galang besi bukanlah penyelesaian yang saya lihat baik setakat ini. jika nak guna konsep yang sama macam dewan bandaraya alor setar buat,ada galang besi, ada mangga dan kunci, bagi tahu saya, siapa yang nak tunggu kar galang besi tiap tiap pagi untuk lock motor student 1000 lebih..? dan macam mana nak handel kunci yang banyak macam tu...? dan siapa pula yang rajin bukak dan pasang...? kalau barisan JPP rajin, saya rasa tiada masalah. jadi jangan terperanjat cadangan itu dibekukan.

apa yang mampu saya katakan, bagi mengelakkan kecurian motosikal, buat kempen keselamatan motosikal. wajibkan pelajar ada lock motor. motor yang takde lock, jangan bagi masuk poli. pendaftaran motosikal di student mall bagus. cari satu hari free, suruh student bawak motor masing2 beratur panjang2... wajibkan pakai lock yang bukan mangga. yang ade 2 cangkuk tu. ape name die tah.. saya pun tak tau.. mana mana motor yang takde lock besi tu, jangan bagi daftar. cadangan meletak cctv dikawasan parking, melibatkan kos yang agak tinggi. boleh dilaksanakan jika ada budject.

kebajikan jpp perlu melihat isu kebajikan student dengan lebih meluas. contohnya, bangunan mesin larik yang baru, yang juga menempatkan bengkel kimpal tiada tandas untuk budak lelaki. ada satu tandas untuk budak perempuan. sedangkan pelajar lelaki adalah majoriti dalam jabatan mekanikal. kenapa lelaki tersisih...? sebab takde tandas lelaki, pelajar lelaki main pakai je tandas perempuan. buatnye ade budak perempuan dalam tu, tak nyanye...?

isu lain di bawah tajuk kebajikan adalah perpustakaan. perjuangkan untuk perbesarkan perpustakaan. jangan asyik tembak library tak cukup bahan rujukan je... dah bangunan kecik, nak besarkan macam mana. perjuangkan, perbesarkan perpustakaan yang dilengkapi dengan sistem cctv dan fire drill. skang ni due due tu takde kat dalam tu. tv dari cctv tu boleh diletakkan di kaunter. bile library dah besar, kaunter pun mesti besar. tv tv tu boleh diletakkan dalam satu rak besar yang menempatkan semua tv tv dari cctv. so, student takkan brani nak buat macam2 dalam tu. kes2 sebelum ini melibatkan pelajar koyak bahan bacaan dan yang paling kritikal, pelajar bermadu asmara ataupun melakukan sumbang mahram dalam perpustakaan. staf tak dapat nak pantau sebab staf tak cukup. nak jage kaunter lagi.

saya rasa 2 isu kebajikan ini perlu diperjuangkan dahulu. kejayaan ini akan menunjukkan keberkesanan kewujudan jpp hasil daripada pelihanraya yang lalu...

segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu dari kelemahan diri saya sendiri walaupun pada hakikatnya dua dua itu dari Allah jua. dan saya memohonjutaan kemaafan jika ada silap salah... wassalam..
wallahualam...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:


untuk pengetahuan rakan rakan juga, cadangan cadangan untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan orang awam perlu mendapat kelulusan daripada ahli lembaga pengarah iaitu para pegawai kanan polimas kerana ia melibatkan maruah polimas.

waalaikumussalam..

saya rasa semua cadangan yang dikemukakan ahli alumni melibatkan pelajar...seseorang pelajar tidak boleh hidup dalam kepompong mereka sahaja, tetapi perlu terlibat juga dengan persekitaran masyarakat. jadi tidak timbul masalahJAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK...di harapkan saudara dapat melihat segala cadangan ke arah sudut yang positif.

memang betul sukan terkandung dalam kerja unit sukan & ko..tapi sepanjang saya berada di POLIMAS tak pernah pun dianjurkan sukan. yang ada perkhemahan unit pakaian seragam..tu pun wajib diadakan untuk pelajar2 sem satu dan sem 2..kalau nak tunggu unit sukan buat atau anjur sukan pendek kata takdela, sebabnya tiap sem dan tiap tahun ada je masalah.dibekukan atas sebab yang tak dapat dielakkan atau malas nak buat...???macam mana dengan bajet tahunan untuk unit sukan & ko?kemana duit tu dibelanjakan? takkan nak tunggu BPR datang siasat pulak?

tak perlu bagitahu sebab ape jua aktiviti JPP memang melibatkan pihak pengurusan..diaorang tahu ape JPP buat...dalam program KEMBARA MERDEKA sem JULAI 06 pihak JPP ikut prosedur yang ditetapkan dan JPP adalah penganjur kepada sambutan KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 49 PERINGKAT POLIMAS...jadi dengan pengalaman tuan penasihat, EN NIK AHMAD RIZAL, JPP tak akan membuat perkara2 yang menyusah dan memalukan JPP dan POLIMAS khasnya...



__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

pendapat Maintenance  ada yang ambo setuju dan yang kurang setuju....

tentang masalah motor....ambo cadangkan buat galang besi....cara tu lebih efektif...sebabnya apabila galang besi dipasang,maka motor akan parking ikut petak besi yang disediakan...apabila diwujudkan galang besi,maka ruang untuk motosikal lagi luas..ini akan mengurangkan kehilangan helmet dan juga kehilangan motor itu sendiri....kehilangan helmet bukan satu isu baru... puncanya satu....motor diletakkan terlalu rapat dan mudah untuk penyamun helmet memotong tali helmet....so bila kawasan parking semakin luas,maka pihak jpp ada hujah untuk memohon parking yang di sebelah belakang yang sekarang ni menjadi tempat kosong semata2....tantang sapa nak tunggu lock moto dan sebagainya....tak perlulah berfikir macam budak2 tadika....memang betul,MBAS buat sebab MBAS boleh gaji pekerja....tapi bukan jpp...jpp bukan kuli...jpp juga student yang perlu masuk kelas dan menjalani rutin harian sebgai seorang pelajar....so inisiatifnya.....kunci moto adalah tanggungjawab pelajar....besi dah ada cuma ambik mangga dan lock...setle masalah...

tentang program jpp,ambo rasa dah sampai masanya perubahan perlu dilakukan....bermula dengan pilihanraya...cube kita dongak kepada Majlis Perwakilan Pelajar di ipt...bagaimana cara mereka menggerakkan mpp????bagaimana mereka merancang program mereka???kenapa mereka boleh anjur program besar???mengapa mereka boleh buat aktiviti melibatkan dalaman dan luaran???mengapa kita tak boleh????

ingat satu je...undang2 dunia manusia yang buat,so ada cara untuk ubahnya..tapi undang2 allah wajib ikut tanpa mengira apa juga alasan sekalipun....

tentang perpustakaan,ambo setuju pendapat Maintenance Comp.... bela nasib perpustakaan..inilah tanggungjawab perwakilan pelajar...jangan hanya tahu bercuti,kursus,seminar sahaja...tapi cubalah tolong apa yang tersirat oleh setiap pelajar POLIMAS.....tidak ada yang mustahil dalam dunia ni.....



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

saya setuju ngan lidah penghunus01 tu..kenape kita pikir sal sape nak jaga parking motor tu...yang pentng usaha...lagipun, kita cadangkan pasang galang besi jer, bukan siap dengan mangga sekali...yang tu student sendiri la sediakan..kita pun paham keadaan di POLIMAS camna.kalau nak jadi juga kes kecurian tak boleh nak cakap ape la coz kita dah berusaha..pencuri kan lebih bijak walaupun tak dapat master.

masa dulu pun, saudara binor dah buat kertas kerja untuk buat locker...tapi macam biasala, suara pelajar sape nak dengar...?cadangan ni akan menjadi realiti bila kereta staf o lecturer kena curi, pecah masuk n calar...orang kita ni kan suka bertindak bila benda dah jadi....

so, kita tunggu jela ape tindakan pihak pengurusan seterusnya...nak tunggu POLIMAS masuk paper untuk kali ketiga dengan tajuk besar nya "POLIMAS PUSAT BENTUK PELAJAR JADI GANGSTER" baru nak tergadah pun OK juga...kita akan buat laa...


__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Senior Member

Status: Offline
Posts: 265
Date:

tahniah kepada u all kerana memberikan komen dan cadangan yang bernas terhadap cadangan saya yang panjang lebar tu...

berkaitan isu nak memperbesarkan ruang parking motosikal, iaitu dengan menggunakan kawasan belakang yang kosong itu, pihak pengurusan melihat sebagai sesuatu yang boleh menambah risiko kehilangan motosikal. isu ini ada dibangkitkan dalam mesyuarat time senior2 dulu. tetapi jawapannya, bukan pihak pengurusan kedekut nak bagi guna ruang parking tu... tapi apabila motosikal pelajar bersepah, ada yang kat belakang, ada yang kat depan, macam mana kita nak kawal lalu lintas polimas...? dan paling utama, macam mana nak jaga keselamatan motosikal..? pak guard tak ramai nak mantau motosikal satu poli. jika motosikal yang depan mata orang ramai, sebelah pagar lagi tu, boleh hilang.. motosikal rxz yang parking depan dewan kuliahmasa periksa akhir semesta, tengah lengang poli boleh hilang kaberater, tuan tuan bagi tahu saya apa jadi kalau motosikal dan kereta pelajar ada di seluruh kawasan polimas ketika kuliah. sedangkan kita tahu pencuri adalah pelajar poli sendiri. orang luar hanya membantu. jika kita nak sediakan besi galang sahaja tanpa menyediakan penguncinya, bukankah lebih sama kita wajibkan pelajar memiliki pengunci pendua motosikal...? bukankah membazir buat galang besi macam MBAS di city plaza, tapi pelajar guna lock yang telah siap di pasang di tayar motor... tak membazir ke name tu...? kalau dah ada besi tinggal pelajar bawak lock, lock motor. sama juga kita wajibkan pelajar guna lock yang di pasang pada tayar depan tu. takde bende tu, jangan masuk poli. yang ini boleh diperiksan ketika daftar motor. bawak motor kat student mall untuk pemeriksaan. sekali gus boleh menghalang pelajar modify motor.

dan saya ingin tekankan disini bahawa segala cadangan daripada pelajar terutamanya ketika tapuk pemerintahaan Dr Khir, di bawa dan dibincangkan dalam mesyuarat. mereka lebih arif dan lebih mengetahui akan keberkesanan atau tidak sesuai sesuatu perkara itu. kita fikir itu terbaik untuk kita, tapi mereka memikirkan yang terbaik untuk POLIMAS untuk jangka masa yang panjang.

isu helmet pula, parking rapat ke jarak ke sama saje... kalau dah ikat pun, kalau orang nak curi, die potong juga. pada pendapat saya, kalau jarak motor, lebih memberi ruang kepada pencuri untuk memotong dan bawak lari helmet lebih cepat. kalau rapat2, ruang tu terhad nak potong dan bawak lari. so lebih praktikal dengan parking rapat2...

berkaitan dengan isu aktiviti luar dan dalam poli, memang mpp ipt boleh anjur program yang melibatkan orang luar. tetapi kita kene melihat dahulu keadaan polimas. di polimas, mana mana program yang hendak di anjurkan oleh mana mana kelab dan persatuan boleh merujuk terus kepada pegawai HHP. tetapi sebaliknya yang berlaku di POLIMAS. saya tidak memperkecilkan kewibawaan dan ketokohan en Nik Ahmad Rizal. saya menekankan aspek penganjuran program besar besar yang melibatkan orang awam. konvoi merdeka tahun lepas dan sambutan merdeka tahun lepas adalah PERINGKAT POLIMAS tanpa melibatkan orang awam. orang awam hanya bertindak sebagai penonton. syabas juga saya ucapkan di atas kejayaan penganjuran program tersebut.

untuk merubah suasana jpp, pertama sekali ialah menaiktarafkan jpp kepada MPP. saya di fahamkan, untuk menaiktarafkan JPP kepada MPP adalah dengan penganjuran satu program besar yang dianjurkan oleh JPP. kejayaan atau kegagalan bergantung program akan menentukan boleh atau tidak JPP di naik taraf kepada MPP. cadangan saya, apa yang boleh dilakukan oleh JPP ialah bekerjasama dengan unit sukan dan ko-kurikulum untuk menganjurkan aktiviti untuk semua kelab dan persatuan termasuk badan beruniform. untuk briged polimas, diadakan kawad formasi. untuk sukan, diadakan liga. untuk kelab, di fikirkan satu program yang bersesuaian. boleh mendapatkan kerjasama daripada barisan kepimpinan kelab dan persatuan.

cadangan yang lain adalah dengan bekerjasama dengan PPD dan kementerian belia dan sukan kubang pasu untuk menganjurkan karnival sukan sukan sekolah menengah. mungkin boleh di ambil kawasan kubang pasu sahaja jika jitra di fikirkan terlalu besar. ini hanyalah cadangan yang mungkin boleh di tolak bila bila masa.

dan sebelum saya akhiri komen untuk hari ini, saya nyatakan bahawa kalau boleh, tak perlu kutuk pegawai lebih lebih. kita hanya orang bawahan. mereka yang bekerja. bukan kita. kita hanya membantu mereka bekerja. mereka ada perancangan mereka sendiri. ada banyak cadangan yang diutarakan dalam mesyarat pegawai pegawai politeknik. walaubagaimanapun, cadangan cadangan tersebut terpaksa di bekukan atas sebab sebab yang tak dapat saya nak utarakan disini. contohnya, karnival sukan polimas adalah satu program besar di bawah rancangan aktiviti unit sukan dan Ko-kurikulum. mengikut perancangannya, di laksanakan pada semester ini. tetapi terpaksa di tangguhkan. sebab..? apa yang saya boleh nyatakan disini, sebab ada karnival sukan politeknik politeknik seluruh malaysia. mereka sedang buat persiapan untuk itu. so, budject banyak ke arah itu. nak buat karnival sukan polimas pun bukan sikit duit nak pakai. paling koman 10 ribu kene ada. ANGGARAN LAH NI. sebab nak buat banyak pertandingan tanpa pungutan yuran yang tinggi.

jadi, saya harap, ruangan memberikan cadangan aktiviti, biarlah memberikan cadangan aktiviti. bukan untuk mengutuk mana mana pihak. utarakan satu isu aktiviti, dan kita bincang pelaksanaannya. itu lebih baik daripada kita kutuk2 orang. aktiviti tak jalan, asyik kutuk orang je. kalau cadangan di tolak untuk melaksanakan sesuatu aktiviti, so fikirkan aktiviti lain. bukan dengan mengutuk tak berhenti. contohnya cadangan untuk follow up kertas kerja saudara binor untuk besi galang. cadangan yang baik. so, ahli jpp yang baca cadangan dalam ini, usulkan dalam meting. kalau stil tak diluluskan, stop comen about that. tapi cari sebab kenapa tak diluluskan. kenapa di tolak. buat pembaharuan. kertas kerja tak elok ke... CONTOH LA.. kita kutuk dieorang pun bukan leh ubah keputusan dieorang. dieorang lebih berpengalaman dalam menguruskan sesuatu program. so, kita hanya memberi cadangan. mereka yang putuskan.

memang undang undang manusia boleh diubah. tetapi SIAPA ANDA UNTUK MENGUBAH UNDANG UNDANG MANUSIA...? ANDA MENTERI...? ANDA ANAK RAJA MANA...? mana boleh ubah suka suka. menteri pun tak berkuasa. tengok dalam parlimen, nak gubal sesuatu undang undang, bukan senang. kene check, bentang, bahas, tengok bape ramai sokong bape ramai tak... kalau ok, baru lulus. bukan senang wahai saudara lidah penghunus.

Kenapa pula mat qlate kata polimas pusat bentuk pelajar jadi gangster...? saya tak nampak perkara itu boleh berlaku... dengan jawatankuasa displin yang cukup tegas dalam soal displin pelajar dengan di terajui oleh En Nik Ahmad Rizal di bantu oleh barisan jawatankuasa displin yang mantap mantap seperti ustaz lutfi dan en saidon, mustahil polimas boleh mencapai ke tahap itu.

WALLAHUALAM

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard