A'a...saya pun setuju juga. Students dapat bagi pendapat dan komen serta cadangan mereka. Dorang boleh luahkan sebarang masalah. JPP juga boleh menjawab persoalan atau kemusykilan dorang. Makna yer ada tindakbalas yg positif.
memang betul kata nkm pendang tu...tapi lebih tepat kata2 lidah penghunus...kita dapat lihat sendiri komen2 yang kita bagi, semacam takde tindakan...kita di pihak alumni pun tak tau sama ada JPP ambik perhatian atau tidak komen dan idea2 yang diberikan dalam alumni ni...dengan senior diaorang pun buat tak endah, apetah lagi student2 JPP yang mungkin lebih pedas kritikannya...
saya mewakili semua alumni merayu dan berharap JPP menghantar seorang atau lebih untuk memberikan informasi terkini tentang JPP dan juga maklum balas tetang cadangan serta komen yang diberikan alumni. kita tidak perlukan en nik atau en fahmi untuk menjawab kerana kita hendakkan pemimpin yang berani, ikhlas dan berwibawa bagi merealisasikan hasrat semua warga POLIMAS dan alumni.
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
tapi berbeza skit...mat_glate menggunakan ayat merayu...
tapi ambo gunakan mencabar...ambo cabar semua jpp untuk join dalam alumni...jawab kritikan dalam alumni....baru la alumni akan jadi lagi bermanfaat....ambo cabar semua...dari ydp sampai ke exco bawah...... ambo cabar anda...........
__________________
Hidup lidah penghunus....
Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan....
"Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"
masalah yang takkan berkesudahan jika JPP memekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut...yang kena tanggung adalah alumni yang saban hari bertekak dalam web ni...
baru2 nie kami menghadiri Majlis Dialog Bersama Menteri KPTM, banyak isu di bincangkn contohnya mesin ATM, duit pinjaman, kemudahan asrama dan mcm2 lagi yang dikemukakn oleh JPP SEMALAYSIA termasuk Kolej Komuniti... Dan 1 perjumpaan YDP SEMALAYSIA akn menubuhkan 1 organisasi di peringkat politeknik malaysia... Isu yang dibincangkan adalah membina laman web JPP MALAYSIA dan JPP Politeknik masing2.... Dan isu ini menarik minat kementerian, sekarang nie YDP sendiri yang perlu ada inisatif untuk ambik tindakan ini....
mintak tuan pengerusi bagitau kat jpp suruh masuk web ni.....dan sampaikan salam dari lidah_penghunus,mr_potato,labuna_labuni dan yang lantang dalam web ni untuk jpp...biarlah la jpp bangun dari lamunan....
kalau akan ada web jpp malaysia....bila lagi ada alumni jpp semalaysia????hope mat_glate dapat mainkan peranan...
__________________
Hidup lidah penghunus....
Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan....
"Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"
kenape dok sibuk hal website JPP sedangkan masalah dalaman sendiri pun belum selesai...kalau untuk JPP POLIMAS cukuplah dengan alumni kalau setakat nak dengar keluhan dan idea....cubala jawab persoalan yang dibangkitkan alumni ni dulu sebelum nak jawab komen pelajar...
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
macam ambo kata sebelum ni...SAMPAIKAN SALAM LIDAH_PENGHUNUS, MAT_GLATE, LABUNA LABUNI, MR POTATO DLL KEPADA YDP JPP DAN SEMUA EXCO PIMPINANNYA......ambo tak merayu cume ambo lebih suka kata cabaran pada semua jpp..bangunlah dari lamunan...anggap kami dalam ni adalah student...belajarlah cara untuk memimpin....jangan hanyut dengan kemewahan dan kesenangan yang telah diberi...
anda takkan maju dan matang kalau diajar dengan kemewahan.....tapi anda akan matang kalau diajar dengan kesusahan....
jangan sampai alumni buat resolusi kepada pihak JPP dan pengurusan POLIMAS dah la yer...bukan nak ugut, tapi nak adik2 junior pikul amanah ni dengan penuh tanggungjawab, dan tawadduk...
nak tunggu pelajar2 POLIMAS buat rusuhan membenci JPP dan pengurusan POLIMAS ker?
ATAU nak tunggu pihak kementerian turun padang tengok ape sebenarnya yang kurang kat POLIMAS ni..?
kalau tak nak semua ni berlaku, lepas solat tue istigfar banyak2, muhasabah diri, berdoa, baca Quran, mintak petunjuk, bincang, pikir dan buat ape yang sepatutnya buat.
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
tentang pembinaan WEBSITE nie perlu, baru2 nie kami ke lawwatan ukhwah di UTHM,johor.....di situ kami mendapaat ilham iaitu dengan adanya web ini student dapaat memberi permasalahan yang dia orng hadapi, disamping tue student boleh menghantar masalah diorang melalui telefon bimbit..
ok sy boleh buat web site tu.... domain rm35.00 web hosting rm80.00 setahun....itu yg palin murah, upah desing ikut kemahuan abg2 semua... rm100.00 sudahlah....
erm tentang pembinaan website nie, kita telah berbincang dengan saudara MPP UTHM...dia boleh membantu kita...cuma nanti kita cuma bagi bahan pada diorang jer....
tolong buat atau tolong camna? jangan pulak mintak tolong diaorang tapi kena bayar mahal2.."tolong" ni banyak makna juga, ada yang free dan ada yang kena bayar..walaupun saya tahu JPP sekarang dapat peruntukan berlipat kali ganda daripada sem saya dulu, tapi janganlah membazir.
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
neh nak habaq.. klu bleh kiter cube wat sendiri.jgn nak harap kat owang luaq..wat malu jer..cube selidik sapa dlm organisasi ni pandai wat..neh x.kalut pcari owang luaq..to apple,,ksih dterima.. ampa suma ucap timer kaceh kat eXter007@yahoo.com(webmaster)..dia tolong wat.. website jpp ni still gne free host.tp dlm masa sgkt akan dapat domain sendiri.. so aku harap sangat korang dapt daftar dlm website 2..
dr : co-webmaster url: www.jpp.myremaja.com @ www.jpppolimas.cjb.net
__________________
"Anjakan Paradigma Pencetus Revolusi Kepimpinan Yang Utuh"