Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: peringatan buat kaum wanita.......berhati2......


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:
peringatan buat kaum wanita.......berhati2......


Renung-renungkan lah!

Berhati-Hatilah Wahai Para Wanita
Dilulus terbit pada Sunday, March 12 @ 22:00:01 CST oleh TokPenghulu

Analisis @ Fokus Isu Dihantar Oleh : Dinkuale

"Di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap
hari.Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan
bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari
ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh

akhbar.
Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi
kes yang tidak disenyapkan oleh mangsa.

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation.
1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr
Rais
bentang pada kabinet:
2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000
(NationMaster.com)
2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang
ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)
2000: 8,593 kes.

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa
yang
Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan
anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal.

1. Wanita seharusnya keluar berteman.

Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan
keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan
penting.Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar
seorang
diri.Mahu cari nahas?

Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, makabertalu-talulah disebut
Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu
begitu?
Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri.
Barangkalisudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang.
Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah
syaitan.Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang
ajak
keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau

baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan
ditinggalkan baru menangis tidak berlagu.

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report:
An
Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2
daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan
lelaki-perempuan(kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri
untuk berbuat seks ataupun ditipu.

Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai
umur
mumaiyyiz.

Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam
palingkurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga
melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan
akal
mereka di kepala lutut.

Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah
kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan.

Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak
dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk
melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan
lihat
puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau
nafsu
tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran.

Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta
melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat
dibantu
secara tidak langsung.

Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya
longgar,tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan
anak-anak
perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan
datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya
adalah
terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu
sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'.

Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol
isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol
seks
dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena
ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa
lagi?

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat,
datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam,
memanglah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan
kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi
kalau tidak ada
sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan
ditolak.

Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan
ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu
dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat.

Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan.

Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada.
Artis
tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.
Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak,
kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona
Gersang lah.
Jeritan batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan
1001 tajuk lagi. Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang
menampakkan
badan wanita lebih dari kain.

Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol
itu
jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk
membangkitkan
nafsu perogol ini apa ceritanya pula?

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman
mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah
mahukan
adalah lebih baik lagi.

1210 (M'sia) - 87 (Saudi Arabia) - 8593(UK) (Statistik rogol
NationMaster.com,tahun 2000). Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu
mampu
mengurangkan jenayah rogol ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan
sombong?

Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan
kepada Allah kita kembali."


__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Itulah, ALLAH dah bagi hukum2-Nya tapi kita manusia yg xnak guna.
Dia yg cipta kita.
Dia dah tahu apa yg akan berlaku.
Tapi manusia nie bodoh sombong xnak laksanakannya. Cipta hukum2 sendiri...tunjuk lebih hebat.
Insyallah benda macam nie xkan berlaku klau kita laksanakan hukum2 dari-Nya.
Sebab Dia Maha Mengetahui...


__________________
kamila


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

ya setuju2...sama2 muhasabah diri

__________________
'Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." -- Imam Al-Ghazali
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard