pertama....mana perginya pimpinan jpp batch lepas????kira senang cakap generasi aidil?????semua senyap je...yang ada pun falcorn,bob,erry je.... yang lain mana????mana perginya majlis tertinggi?????mana perginya exco yang penting????semua lesap je.....
kedua....mana perginya pimpinan jpp yang baru menang pilihanraya ni??? yang ambo tengok baru ada sorang dua yang join...mana perginya otai jpp sem ni....takkan sunyi sepi je???ataupun takut nak berhadapan dengan orang yang macam mat_glate,labuna_labuni,mr_potato ataupun kanggaro.....takkan sebagai pemimpin nak takut......ambo rasa tak dak guna kalau banyak benda yang dibincangkan tapi tak de maklum balas dari jpp sendiri......
hope kali ni ada perubahan....lagipun ni bukan benda baru.......hope ambil perhatian....
__________________
Hidup lidah penghunus....
Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan....
"Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"
memang betul kata lidah penghunus...dimana slogan bangkit..bangkit...JPP bangkit yang dimegah-megahkan oleh aidil dulu...takkan bila dah bersara semangat pun turut bersara..saya bukan nak banggakan rakan sahabat exco saya dulu, tapi saya rasa kitaorang ada semangat untuk membantu JPP.mungkin juga timbul kesedaran di kalangan kami untuk menebus kembali kesilapan silam yang banyak kekurangan...maklumlah JPP baru nak bertapak...tapi semangat kami tak pernah pudar.
kini, walaupun JPP dianggap semakin mantap dan kuat di bawah kepimpinan En Nik, En Fahmi, saudara Aidil dan kepimpinan sekarang, tapi kita tak nampak semangat yang ada..saya bukan la nak mendabik dada atau pun menuduh, tapi ambikla ini sebagai cabaran..
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
betul tu mat_glate.....kita nak biarlah semangat tu berterusan....biarlah kita terus bersemangat walaupun dugaan datang melanda setinggi gunung everest....
adakah kita hanya bersemangat untuk dapatkan nama?????adakah kita bersemangat untuk dapatkan pangkat?????atau adakah kita bersemangat hanya untuk berkuasa????berpijaklah di bumi yang nyata......
__________________
Hidup lidah penghunus....
Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan....
"Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"
gue masih teringat bait2 puisi yang dibaca oleh mat_qlate pada majlis jamuan akhir kat DGC dulu...katanya:-
AKU BUKAN KEJAR NAMA, BUKAN JUGA KEJAR POPULARITI, TAK INGIN JADI SITI,
sorryla, dah tak ingat laa...ikut katanya, dia nak bagitau sal JPP, dirinya dan juga kepimpinan...bagi orang yang hanya mendengar, takde pape la kot. katanya lagi, en nik ambik puisinya tu..tapi tak yau la masih ada o tak..kalau masih ada, gue mintak en nik hantar dalam web ni untuk tatapan semua..biar orang tengok luahan pemimpin kepada pemimipin...sekian
woit...mana boleh camtu...janganla dok cakap sal puisi tu, malu laa...
erm..memang betul kata pr potato tu, puisi tu saya buat sbg pedoman untuk diri sendiri dan semua pemimpin...kira luahan hati la tu..kalau sape makan cili dia akan carila gula nak hilangkan pedas tu... ape yang saya tengok audience just tepuk tangan je, tapi tak tengok secara mendalam puisi tu..
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
kalau kita asyik dok tanya dalam forum ni pun tak guna juga, sebabnya takde sape yang nak bagi jawapan...jadi, kita biarkan jela kepimpinan sem lepas tu jadi pejuang bila ada jawatan...masa ada jawatan bukan main lagi semangat...takkan nak kena suap baru nak makan kot....?kita mintak je sahabat2 kita yang jadi JPP sem lepas ambik tanggungjawab ni untuk menyeru sahabat2 lain join alumni ni...bukan kena bayar pun...
kepada sahabat2 saya, saudara SYUKRI, BOB, ARIF pikul la tanggungjawab ni yer...kita nak kembangkan lagi alumni ni...
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
takkan mantan jpp nak dilabelkan sebagai pemimpin yang bersemangat bila berjawatan tapi bila tak de jawapan,semua hampeh.....
bukan ambo nak menghunus tetapi ambo rasa pimpinan lepas memang tak sehati sejiwa...masing2 wat hal sendiri....ambo antara yang terawal join web ni,ambo tak nampak langsung batang hidung ydp jpp sem lepas.....ambo rasa ex ydp lagi tahu tentang web ni...kalau ydp tak gerakkan anak buah yang dulu,bermakna memang anak buah akan tinggalkan la....mana ukhwah yang dicanang????????????
timb ydp sem lepas plak hanya sekali sekala....dan mana perginya yang lain???? berbeza ngan pimpinan mat_glate, semua turun padang,termasuk tuan pengerusi alumni kita.......
memang ex ydp sem lepas tahu kewujudan alumni ni coz saya dan dia pernah berbincang untuk mewujudkan alumni ni...beliau dan barisan JPP sem lepas ada semasa pelancaran alumni ni coz pelancarannya diadakan semasa jamuan akhir...
nak kata tak tau mustahil laa....nak kata takde internet kat umah, saya pun tak de...tiap hari datang CC kalau tak kerja..zaman dunia cyber sekarang ni mana ada kampung atau pekan takde internet lagi...semua dah ada walaupun satu je kedai internet...semua ni bergantung pada diri sendiri...
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
kalau semua barisan kepimpinan lepas ada masa pelancaran....so tak kan ada alasan tak tau kewujudan web alumni ni....
so ambo mintak mat_glate cube hubungi ex pimpinan lepas untuk join..tengok ape respon mereka....takkan nak kena tunggu hampar dengan permaidani merah kot........
semasa lawatan ukhwah JPP ke johor minggu lepas (8 APRIL) saya, en fahmi, YDP JPP sem ni, binoor, dan syukri expet telah berbincang tentang hal ini...keputusan di tangan penegerusi penaja alumni dan YDP JPP untuk melaksanakannya...kita berharap semua ex jpp dengan penuh rasa rendah diri untuk besama-sama kami dalam alumni ni untuk memberi sumbangan setakat termampu demi JPP dan ALUMNI.
INSYA ALLAH jika tidak ada aral melintang, saya akan berusaha sendiri untuk menjemput rakan sahabat yang belum lagi bersama-sama kita dalam alumni ni supaya dapat join.kita akan jadikan pertemuan alumni kali pertama untk menjemput semua sahabat supaya dapat bersama memajukan JPP dlam web ni...sokongan semua pihak amatlah diharapkan dalam menjayakan misi ini.
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
dah makin teruk..dah kembali kepada masa ALUMNI ditubuhkan...semua dah mengalah..tinggal lagi yang betul2 nak JPP berada pada landasan tepat...nampaknya tinggal lagi beberapa 'pendekar' atau 'pejuang berani mati' untuk membantu JPP...yang lain semua haprak....harapkan yang ada ni tidak tinggalkan alumni ni..jangan jadi macam yang lain k...syabas lidah_penghunus01, bno, maintainance computer dan mat qlate kerana terus berjuang...
kepada yang lain, takziah termasuklah pengerusi penaja dan ajk penaja....
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>