Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, > apabila Nabi Allah > Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; > lantas Nabi Allah > Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak > hidup di atas batu > yang > kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. > Nabi Allah Sulaiman > pun > bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau > yakin ada makanan > cukup > untuk kamu". > > Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku > percaya rezeki di > tangan > ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir > yang tandus ini ada > rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun > bertanya: " Wahai > semut, > berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau > gemar makan? Dan > banyak > mana engkau makan dalam sebulan?" > > Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum > sebulan". > > Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu > makan hanya sebiji > gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, > aku boleh tolong". > Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia > angkat semut itu dan > dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil > gandum sebiji, dibubuh > dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi > tinggal semut di dalam > bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. > > Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat > gandum sebiji tadi hanya > dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi > Allah Sulaiman menemplak > semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu > kamu kata kamu > makan > sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu > makan setengah". > > Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak > berbohong, kalau aku ada di > atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya > sama seperti sebiji > gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri > dan rezeki itu > datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa > padaku. Tetapi bila > kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki > aku bergantung pada > kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah > aku makan setengah > sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". > > Itulah Iman Semut!! > > IMAN MANUSIA?? > > Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang > kerjanya mengorek > kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan > kerja orang ganjil. > Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh > itu kubur perlu digali > dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini > ialah dia tidak gali > kubur untuk tanam mayat. > > Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris > sudah lama balik ke > rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah > penggali ini datang ke > kubur untuk korek balik. > > Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di > INTERVIEW oleh Munkar > Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 > kubur, 50 kubur sampai > 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam > Suffian dan bertanya > kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur > orang Islam yang aku > gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih > berhadap kiblat. Yang > 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam > Suffian:" Di akhir zaman > hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu > di tangan Allah. 98 > orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan > Tuhan". Itulah sebabnya > apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang > banyak, biasanya, > iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih > kuat dari iman manusia. > > Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK > DARIPADA HARTA, > ILMU > MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU > MENJADI HAKIM, HARTA > DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN > DAN ILMU BERTAMBAH > APABILA DIBELANJAKAN".
__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>