Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: iman semut & manusia


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:
iman semut & manusia


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,
> apabila Nabi Allah
> Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;
> lantas Nabi Allah
> Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak
> hidup di atas batu
> yang
> kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
> Nabi Allah Sulaiman
> pun
> bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
> yakin ada makanan
> cukup
> untuk kamu".
>
> Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku
> percaya rezeki di
> tangan
> ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir
> yang tandus ini ada
> rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun
> bertanya: " Wahai
> semut,
> berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau
> gemar makan? Dan
> banyak
> mana engkau makan dalam sebulan?"
>
> Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum
> sebulan".
>
> Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu
> makan hanya sebiji
> gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu,
> aku boleh tolong".
> Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia
> angkat semut itu dan
> dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil
> gandum sebiji, dibubuh
> dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi
> tinggal semut di dalam
> bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
>
> Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat
> gandum sebiji tadi hanya
> dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi
> Allah Sulaiman menemplak
> semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu
> kamu kata kamu
> makan
> sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu
> makan setengah".
>
> Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak
> berbohong, kalau aku ada di
> atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya
> sama seperti sebiji
> gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri
> dan rezeki itu
> datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa
> padaku. Tetapi bila
> kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki
> aku bergantung pada
> kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah
> aku makan setengah
> sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
>
> Itulah Iman Semut!!
>
> IMAN MANUSIA??
>
> Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang
> kerjanya mengorek
> kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan
> kerja orang ganjil.
> Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh
> itu kubur perlu digali
> dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini
> ialah dia tidak gali
> kubur untuk tanam mayat.
>
> Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris
> sudah lama balik ke
> rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah
> penggali ini datang ke
> kubur untuk korek balik.
>
> Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di
> INTERVIEW oleh Munkar
> Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10
> kubur, 50 kubur sampai
> 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam
> Suffian dan bertanya
> kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur
> orang Islam yang aku
> gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih
> berhadap kiblat. Yang
> 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam
> Suffian:" Di akhir zaman
> hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu
> di tangan Allah. 98
> orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan
> Tuhan". Itulah sebabnya
> apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang
> banyak, biasanya,
> iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih
> kuat dari iman manusia.
>
> Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK
> DARIPADA HARTA,
> ILMU
> MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU
> MENJADI HAKIM, HARTA
> DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
> DAN ILMU BERTAMBAH
> APABILA DIBELANJAKAN".

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard