Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: mpp di malaysia..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:
mpp di malaysia..


Satu kajian telah dibuat bagi membandingkan kesatuan pelajar universiti luar negara dengan universiti di Malaysia. Universiti terbabit Cambridge University di Eropah (A), Hong Kong University di Asia (B) dan universiti tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan sebagainya (C).

* Nama sebenar A: Cambridge University Students' Union B: The Hong Kong University Students' Union C: Majlis Perwakilan Pelajar/ Mahasiswa Universiti Tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan sebagainya)

* Sifat sebenar A: Kesatuan Pelajar B: Kesatuan Pelajar C: Hairannya tiada kesatuan pelajar. Hanya terdapat 'majlis perwakilan'.

* Dipilih oleh siapa A: Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi B: Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi C: Kononnya MPP/MPM dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM).

* Kesatuan Mahasiswa-mahasiswi / Pelajar yang bebas dan berdikari A: Ya B: Ya C: Tidak

* Kuasa A: Mempunyai kuasa sendiri B: Mempunyai kuasa sendiri C: Kuasa sebenar dipegang oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM)

* Fungsi kesatuan A: Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar B: Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar C: Tidak mempunyai fungsi sebagai kesatuan. Fungsi sebenar kesatuan telah dimansuhkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

* Anjuran Program A: Sendiri membuat keputusan. B: Sendiri membuat keputusan. C: Anjuran program mesti mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).

* Pendaftaran persatuan A: Pendaftaran persatuan di bawah Cambridge University Students' Union. B: Pendaftaran persatuan di bawah Hong Kong University Students' Union.

C: Persatuan yang berdaftar di bawahnya melebihi 100 buah. Semua persatuan didaftar di bawah BHEP.

* Pengurusan kewangan A: Mempunyai syarikat sendiri. A: Sendiri uruskan. Yuran ahli dikutip. B: Semua hal kewangan di tangan BHEP.

Aktiviti-aktiviti/ kempen A Program sangat manfaatkan pelajar: Fight Against Increased Rents Funding and Access Campaign Team B Aktiviti yang pernah dianjurkan: Film Screening: The Road to Guantanamo tahun 2003-2005, kesatuan pelajar mengetuai pelajar melibatkan diri dalam kempen pengarakan mempertahankan demokrasi Hong Kong. C Semua diaturkan oleh BHEP atau semua program perlu mendapatkan persetujuan BHEP.

* Keluar 'Press Statement' A: Bebas mengeluarkan sebarang 'Press Statement'. B: Bebas mengeluarkan sebarang 'Press Statement'. Pernah mengeluarkan hujah akhbar yang mempertahankan hak pelajar suatu fakulti. C: Perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor (NC).

* Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus A: Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri- 'Elections Committee'. B: Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri. C: Tidak mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri. Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus terdiri daripada BHEP.

* Akhbar sendiri A: Mempunyai akhbar sendiri yang cukup bebas dan bernama 'The Cambridge Student newspaper' (TCS). B: Boleh memiliki akhbar sendiri. C: Tidak dibenarkan mengeluarkan akhbar tersendiri dan langsung sangat tidak bebas.

* Website sendiri A:www.cusu.macam. ac.uk B:www.hkusu.org/ C:Tidak dibenarkan

* Kesan A:Pelajar adalah sangat kuat dalam semua bidang. B: Pelajar semakin kuat dan sedang mengejar kekuatan pelajar Eropah. Kekuatan pelajar dalam semua bidang dapat bertanding dengan pelajar negara Eropah. C: Pelajar semakin hilang daya membuat keputusan. Kreativiti pelajar telah dihancurkan oleh BHEP dan AUKU. Mereka hanya tahu mengambil peperiksaan sahaja. Pelajar semakin menjauhkan diri daripada mempertahankan hak sendiri.

Pada kesimpulannya, universiti dibina untuk pelajar dan pensyarah untuk membuat penyelidikan dan aktiviti. Oleh itu, pelajar dan pensyarah adalah tuan kepada universiti. Akan tetapi hak-hak pelajar dan pensyarah tersebut telah dirampas oleh golongan pemerintah negara kita dengan menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Akibatnya, impak negatif yang besar telah ternampak atas universiti kita. Perbezaan yang paling besar dan ketara antara universiti tempatan kita dan universiti negara lain ialah kewujudan dan fungsi kesatuan pelajar (students' union). Semakin lemah kesatuan pelajar sesebuah negara, semakin mundurlah negara tersebut pada masa yang akan datang.

Nampaknya begitu jelas sekali, keadaan kebajikan dan hak-hak asasi di universiti tempatan adalah amat teruk dan serius, dan menyebabkan keruntuhan keyakinan dan daya membuat keputusan pelajar-pelajar universiti tempatan. Sejurusnya akan membawa kesan buruk kepada kreativiti pelajar-pelajar dan kecemerlangan universiti akan menurun dengan begitu ngeri.

Selain itu, pelajar-pelajar kami telah hilang keyakinan dan keinginan dalam mempertahankan hak-hak asasi sendiri dan semakin menjauhkan sendiri daripada politik. Akibatnya, pelajar-pelajar menjadi lemah dan secara langsungnya kadar pengangguran pelajar akan terus meningkat dan menjadi semakin serius.

Malang sungguh apabila universiti menjadi rebutan politik...tempat yang menjana daya keintelektualan kini menjadi lesu dek pentadbiran universiti dok sibuk nak lemahkan aktivisme mahasiswa... tak ada maknanya semua ini...mahasiswa perlu bangkit daripada lena. - lanh


-----------------
Islam Is The Way Of Life,
Belilah Keredhaan Allah swt walaupun terpaksa menjual kebencian manusia....
Mardhatillah in our life....


__________________
'Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." -- Imam Al-Ghazali


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

so....macam mana jpp nak maju??????????


ni la yang diperjuangkan MPP di ipt tapi sampai sekarang macam curah air daun keladi... sampai bila mpp nak dikongkong?????

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

kalau perjuangan mpp berjaya sikit masa lagi (tapi tak mungkin kot), satu malapetaka kepada JPP POLIMAS kerana setakat hari ni JPP POLIMAS bukan saje dikongkong oleh bahagian hal ehwal pelajar, tapi diugut dan ditentang oleh pensyarah2 yang haprak..
tengok saje la sekarang camna kamsis,JPA dan unit sukan & ko mensabotaj JPP...

kita takkan melihat JPP POLIMAS maju....so kita sebagai alumni ni la yang sepatutnya berdiri di belakang JPP POLIMAS menyokong ape saja aktiviti yang dianjurkan untuk kebaikan pelajar.



__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

cuma satu peringatan la...

alumni sebagai satu platform memberi pendapat jika perlu...menyokong perjuangan jpp....tapi bukan sebagai pembuat keputusan..setiap pimpinan adalah cara yang berbeza..

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

MENYOKONG APA SAJA AKTIVITI???
OWH TAK BOLEH KALAU AKTIVITI YANG TIDAKMENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA PELAJAR MALAH MENGUNDANG MURKA ALLAH MANA BOLEH SOKONG...PK KAN.

__________________
'Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." -- Imam Al-Ghazali


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

maksud saya menyokong ape saje program yang tidak bertentangan dengan hukum syarak laa..tapi, setakat ni Alhamdulillah JPP belum lagi terjerumus ke arah tu coz setiap program n aktiviti yang JPP nak jalankan, kita dapatkan nasihat daripada penasihat dan orang yang arif tentang sesuatu hal...

prohram JPP juga seimbang dunia akhirat....

__________________
"kepimpinan berilmu & berpandangan jauh memacu ke arah kecemerlangan yg berguna" -- tak hidup hek puji, tak mati dek keji=>


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

ye ker?kalau cm tu tak per la..

__________________
'Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." -- Imam Al-Ghazali


Senior Member

Status: Offline
Posts: 265
Date:

Salam untuk semua.... saya kembali lagi... huar huar huar...
saya tertarik untuk memerikan komen kepada isu ini... ye la, tapi bukan nak komen cammane nak majukan JPP MALaysia... saya tak pandai bab ni... tapi saya tertarik dengan istilah kongkongan yang digunakan oleh YDP batch 3, iaitu asyraf... jangan marah ae...

bagi saya, tiada kongkongan yang dikenakan oleh mana mana pihak. kita kene buka mata hati, mata kepale, buka minda, banyak2kan berfikir... then kita akan nampak dimana betulnya perkara itu. isu kongkongan HHP, bukan isu baru. tapi kita kene tahu bahawa JPP POLIMAS terikat dibawah akta 174, dan bukan akta auku seperti yang cuba dibawa oleh saudara paijan... amat tak bersesuaian sekiranya kita pakai baju bola untuk datang ke kenduri doa selamat. walaubagaimanapun, dibawah akta 174, tidak menyekat mana mana pihak untuk bersuara... (pada saya la berdasarkan pengalaman). cthnya? ketika saya buat aduan secara terus kepada pengarah polimas, Dr Khir mengenai busing di asrama ketika projek menaiktaraf asrama. tiada boikot atau apa apa tindakan dikenakan kepada saya..

isu JPA bukan lame bagi saya....juga bagi semua... tapi kita lihat dari sudut positifnye... dimana JPA akan bising...? saya amik cth Malam Semarak Kesenian Warisan... kenapa mereka buat macam tu...? selain ada masalah sendiri di kamsis, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak mereka cukup membuatkan saya terdiam... saya yang memang kuat membangkang ni pun terdiam... ape kate mereka...? ADALAH HARAM BAGI MANA MANA PEREMPUAN SAMAADA ISLAM ATAU BUKAN UNTUK BERDIRI DIKHALAYAK RAMAI UNTUK MEMPERAGAKAN TUBUH DALAM BENTUK APA JUGA TERMASUK TARIAN DAN SEUMPAMANYA.

bila saya pikir, betul jugak... tak timbul isu naik nafsu dan sebagainya... difikirkan dari sudut maruah dan harga diri... dalam Islam ada 5 perkara yang membolehkan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berhubung dan dalam kelima lima itu tidak timbul langsung bahagian untuk menari tarian... kalau bukan islam sesama mereka, itu terpulang pada mereka... sebab jalan mereka di akhirat ada 1 je... bukan 2 macam orang islam... orang islam kene pilih salah satu... sebab tu JPA bising... nak tolong kita pilih jalan yang betul..bukan jalan yang lagi satu tu...

isu unit ko-ku pulak...baru bagi saya... yang kate isu ko-ku kongkong2 ni, ada borak ke dengan bos ko-ku, en Majid...? ada sesape borak dengan dia...? saya selalu borak dengan dia... bagi saya dia takde pulak nak kongkong2 ke ape ape ke...membantu dengan idea idea bernas lagi ada... sebagai cth, ketika konvo baru baru ni, dia banyak bagi maklumat, idea dan cadangan yang bernas2... mana mana cadangan atau idea saya yang tak patut, dia akan kata la tak patut...tak boleh buat siap bagi sebab lagi... so, dimana yang kata kongkong tu...? karnival sukan poli...? itu bukan keje JPP... itu keje unit sukan...mereka sebagai penganjur, dan jpp boleh kerjasama... tak salahkan...? kenapa saya kata bukan kerje JPP...? kenapa taknak anjur kursus yang jabatan punye keje...? cth macam kursus chargeman ke kursus ape2 je la... name pun karnival sukan poli... so, unit sukan punye keje... ape kita boleh buat, sukan kecik kecik je.. macam bola ke futsal ke badminton ke... ok la tu... ade jugak kan...

ape ape pun, saya harapkan semua fikir banyak2 dulu... letakkan kita ditempat mereka, fikir samada kita akan buat macam tu tak kalau kita ditempat mereka... fikir dengan ilmu, nilai dengan iman, kurung emotional...then kita akan dapat keputusan yang terbaik... insyaAllah...

wallahualam...

__________________


Mr. President

Status: Offline
Posts: 253
Date:

fikir la renungan yang panjang tue,betul gak kata dia

__________________
Pengerusi Alumni JPP Polimas 1
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard