Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: balang mayonis dan secawan kopi


Senior Member

Status: Offline
Posts: 265
Date:
balang mayonis dan secawan kopi


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang
profesor berdiri di hadapan
dewan kuliah, meja di hadapannya
terdapat beberapa barangan. Tanpa
sepatah perkataan, kelas bermula dengan
beliau mengambil sebuah
balang mayonis yang besar dan mengisinya
dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para
pelajarnya, adakah balang tersebut
penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!".
Profesor kemudian mengambil
sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang
telah dipenuhi bola golf tadi, lantas
menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu
kerikil mengisi ruangan kosong
di antara bola-bola golf. Sekali lagi
dia bertanya akan pelajarnya sama
ada balang tersebut telah penuh,
pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada
pelajarnya, profesor tersebut lantas
mengambil pula sebuah kotak yang berisi
pasir dan menuangkannya ke
dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di
antara batu kelikir dan bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada
para pelajarnya sama ada balang
tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang
penuh persoalan, rata-rata
pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu
kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan
kedua-duanya ke dalam
balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu
kerikil dan pasir tersebut. Air kopi
mengisi ruangan yang terdapat di antara
pasir. Para pelajar mula ketawa
dan tersenyum meihat tindakan profesor
tersebut.

"Sekarang... " profesor mula bersuara
apabila riuh rendah dan gelak
ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya
mahu anda semua menganggap
balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting
- Tuhan, keluarga anda, anak-
anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan
semangat anda - Jika anda
kehilangan segalanya dan hanya perkara
penting ini yang masih anda
ada, hidup anda masih penuh. Batu
kerikil halus ini pula mewakili perkara-
perkara lain seperti kerja anda, rumah
atau kereta anda, manakala pasir
pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni
perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam
balang dahulu..." "... anda tidak
akan mempunya ruang untuk batu kerikil
dan bola golf. Ini sama juga
seperti kehidupan anda. Jika anda
menghabiskan masa dan tenaga untuk
perkara-perkara kecil, anda tidak akan
mempunyai ruang untuk perkara
yang sebenarnya lebih penting untuk diri
anda." "Ambil perhatian untuk
perkara yang kritikal untuk kebahagiaan
anda.Luangkan masa gembira
untuk anak-anak. Sentiasa melakukan
pemeriksaan kesihatan, bawa
pasangan anda untuk makan malam, yang
pasti, anda akan masih ada
masa untuk membersihkan rumah atau
urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu
perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah
pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat
tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor
tersebut tersenyum. "Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan
bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa
ada ruang untuk secawan dua
kopi bersama rakan-rakan walau pun anda
sudah berada di kedudukan yang
tinggi..."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan
anda seakan terlalu penuh
dan tampak sukar untuk diuruskan,
apabila 24 jam sehari seperti tidak
mencukupi, ingatlah kisah "Balang
Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard