Kearifan umat telah pupus dihakis, materialisme, hedonisme dan egoisme mereka tidak lagi memahami isyarat demi isyarat bukankah bebal namanya, jika mereka tidak menyedari dajjal telah lama lahir, kini ia telah telah telanjur dewasa, sakti dan sadis keadilan, kebenaran, kamanusiaan mutlak monopoli sang dajjal sesiapa yang tidak mengikut telunjuknya, akan menggigit telunjuk sesiapa yang berani mengangkat muka, akan diboikot sesiapa yang berani melawan, akan diserang sesudah dia menakluk Afganishtan dia mengganyang Iraq, hingga hancur berkecai sedang menunggu giliran Syria, Iran, Lybia dan Sudan bukan mustahil Indonesia, Malaysia dan Brunai akan disekali-harungkan saja leceh, buat kerja remeh dua tiga kali.
Ingat, sasaran utama dajjal ini hanyalah Islam dia tidak akan berhenti mengganas sebelum umat mempertuhankan mereka.
Sekarang, di muka bumi ini, tidak ada satupun yang berani menentangnya, kalau ada setakat bersungut-sungut di belakang, itupun sekadar sandiwara politik untuk mengekalkan kuasa para bonekanya, yang begitu, memang hala-halal saja.
Malangnya, walaupun Amerika telah mengisytiharkan kedajjalannya sebahagian besar penguasa umat menyanjungnya, sebagai dewa penyelamat untuk mengekal tahta mereka, kalau umat melihat Amerika punca segala kehancuran tamadun Islam penguasa melihatnya sumber segala kemajuan bagi mereka dajjal, hanyalah kisah nenek kebayan, yang telah lama ketelan zaman.
Sebenarnya, punca bala dan musibah umat ini, kerana hampir mustahil mencari penguasa tanah syahadah seorang muslim yang sejati surah dan hadist akan meluncur dari bibir mereka dan tali barutnya semata-mata untuk menghukum pengkritiknya semata-mata untuk menyingkir pembangkang semata-mata untuk menghalalkan menangkap dan kalau perlu membunuh para pengungkit kezaliman mereka lalu, kriteria kepimpinan yang layak, adil dan penuh hikmah kebijaksanaan lalu, persaudaraan sesama muslim yang mengatasi kecintaan diri sendiri lalu, arahan berjihad mempertahankan maruah dan keadaulatan umat telah lama mereka padam dari al-Qur'an dan Sunah.
Sahabatku, sedarkah kalian para penguasa tanah syahadah sekarang telah sengaja meng-antik-an a-Qur'an dan Sunah kitab suci yang selalu mereka belek-belek demokrasi, sekularisme, materialisma dan yang mutakhir globalisasi zikir yang selalu diwirid-wiridkannya modenisasi, pembangunan, kemewahan dan kebebasan tempadan matlamat akhir mereka, tidak lain tidak bukan bagaimana mengekalkan dinasti mereka hingga ke akhir zaman.
__________________
Hidup lidah penghunus....
Tegakkan kebenaran...Musnahkan pembohongan....
"Kepimpinan akan lebih matang jika kita matangkan diri kita"